• 9786297782126
1

[MANES] JAJA & DIN karya oleh Noor Suraya

Regular price
RM 38.00
Sale price
RM 38.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products
[MANES] JAJA & DIN karya oleh Noor Suraya Ratings: 0 - 0 votes


Cinta pandang pertamakah ini... Sekiranya tiba-tiba anda bertemu dengan lelaki yang membuat jantung anda berlari setara dengan kelajuan jet Sukhoi buatan Rusia; dan mata anda pula tak bisa berpaling daripada dia biarpun sedetik, lalu apa tindakan anda? =A= Katakan: lupakan sahaja itu hanya logamaya. =B= Rahsiakan perasaan anda dalam diari merah jambu. =C= Kenal pasti siapa dia dan suruh ayah ibu meminang dia. =D= Segera ke doktor pakar – periksa jantung, mata dan tekanan darah. =E= Jangan lepaskan dia, pinang sendiri! Jaja telah memilih jawapan C √ cinta telah membuat aku tidak lut lagi dengan segala peraturan hati yang selama ini aku junjung! Inilah cerita Jaja yang hatinya terpaut pada ustaz sastera Arab lulusan Universiti al- Azhar. Tegarkah Jaja – seorang media planner di syarikat periklanan antarabangsa memilih hidup ala-ala zuhud macam Din nanti? Gadis itu ada rasa cinta kepadanya. Dia tidak harus mencemuh perasaan yang ada pada Cik Faiza kerana cinta itu anugerah Allah. Benarkah, Din tidak pernah ada hati pada Jaja biar sekelumit pun? Benarkah, dia memilih Jaja sekadar kasihan? bahagia itu bukan sepertimana yang orang nampak, tetapi sebagaimana yang kita rasa **** Noor Suraya membawa saya bersama Jaja & Din menyelusur rencam rasa gembira, suka, duka, bahagia diselangi babak-babak lucu. Mahu saja duduk bersama mereka. – Mariah Mustapha, Pembaca Pruf

Reviews

Be the first to review