• hero
  • ee_202310161449_0001 - Copy (2)
  • ff_202310161450_0001 - Copy
1

[MANES WORDWORKS] HERO UNTUK JIYAN - YUMI HYRA

Regular price
RM 26.25
Sale price
RM 26.25
Regular price
RM 35.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: MANES WORDWORKS

Penulis: YUMI HYRA


Pertemuan kali pertama antara Jiyan dan Han tidaklah semanis mana pun. Dan... siapa sangka selepas itu, rupa-rupanya Han ialah jiran baharu sebelah rumah Jiyan.

Bagaimanapun hubungan yang tidak semanis mana itu, bertukar semanis dan seindah roti Pelangi Kafe Dapur Isma apabila Han si mamat stone itu menjadi tutor matematik bidan terjun untuk Jiyan yang nakal. Han yang sentiasa ada untuk Jiyan itu membuatkan hati Jiyan selalu berbunga-bunga.

"Awak cari apa lama sangat, tu?" ~ Han

"Cari perhatian awak." ~ Jiyan

Namun bunga yang mahu berkembang terus layu apabila rasa hati Jiyan ditolak tanpa konar-konar lagi oleh Han. Jiyan memujuk diri sendiri agar dapat melupakan Han.

Sepuluh tahun kemudian, mereka bertemu semula.

"Kenapalah awak ni muncul balik tiba-tiba dan ada aje kat mana-mana?" ~ Jiyan

"Sebab, hero kan kena sentiasa ada di sisi her-o-in dia" ~ Han

Hati Jiyan masih berdebar-debar dan suka pada Han untuk sekali lagi. Cuma antara mereka adanya Carissa. Adakah benar dan tertulis yang Han itu hero untuk Jiyan?

Yumi Hyra memang menguasai bahasa, watak-watak dan ceritanya! Jarang sekali saya temui naskhah yang menggunakan ganti nama diri ketiga (POV3), akhir-akhir ini. Syabas! Dan... saya suka naskhah yang ditulis dengan segar dan ceria begini.

- Editoe, Noor Suraya