• muhammad
  • plk_202402201615_0001 - Copy
  • NOVEL-AHA
1

[PATRIOTS PUBLICATION] MUHAMMAD DAKWAH DAN DIPLOMASI - AREP JAWA

Regular price
RM 30.40
Sale price
RM 30.40
Regular price
RM 38.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: PATRIOTS PUBLICATION

Penulis: AREP JAWA


Kelahiran Nabi Muhammad SAW merupakan suatu rahmat buat sekalian alam. Baginda merupakan pemimpin umat akhir zaman dan pengasas kepada empayar spiritual yang dianuti oleh 1.9 biliom manusia.

Baginda merupakan contoh dan teladan terbaik untuk diikuti manusia seluruh dunia. Akhlak dan karakter yang dimiliki Baginda merupakan sebaik-baik akhlak sehingga mendapat gelaran al-Amin (yang dipercayai) dan al-Mahbub (yang disukai). Konsep kesederhanaan yang diamalkan Baginda dapat kita lihat melalui segenap aspek gaya hidup Baginda.

Baginda seorang yang bijak, cerdas dan hebat dalam berdiplomasi. Perkara tersebut dapat dibuktikan melaui peristiwa meletakkan kembali Hajarulaswad ke tempat asalnya, iaitu bagaimana Nabi Muhammad SAW dengan izin Allah SWT berjaya mengelakkan daripada berlakunya persengketaan dan pertumpahan darah antara kabilah Arab.

Alphonse de Lamartine, seorang penulis dari Perancis pernah menulis dalam karya beliau, Histoire De La Turquie;

"Sekiranya keagungan sesuatu tujuan, keremehan tindakan dan hasil yang hebat itu merupakan tiga ukuran kegeniusan manusia, siapa yang berani untuk membandingkan manusia hebat pada era moden ini dengan Muhammad?" (Histoire De La Turquie, Paris 1885, vol. 1, halaman 154)