• kamus peribahasa
  • kamus peribahasa cb
  • photo_2022-09-12_12-46-04
  • photo_2022-09-12_12-46-01
  • photo_2022-09-12_12-46-02
1
SALE

[PENERBIT EHSAN] KAMUS PERIBAHASA

Regular price
RM 16.65
Sale price
RM 16.65
Regular price
RM 18.50
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

TERBITAN: PENERBIT EHSAN

PENYUSUNAN: MOHD TAJUDDIN HJ. ABD RAHMAN

Kamus Peribahasa ini menggabungkan empat unsur peribahasa Melayu, iaitu simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, dan bidalan. Entrinya disusun mengikut abjad untuk memudahkan para pelajar mencari maklumat yang diperlukan mereka dengan cepat dan berkesan. Maklumat tambahan tentang jenis-jenis peribahasa Melayu dan penggunaannya terdapat dalam bahagian awal kamus. Maklumat ini bertujuan untuk menambahkan kefahaman para pelajar tentang peribahasa dan cara menggunakannya dalam aktiviti lisan dan penulisan. 

Kamus ini diterbitakan untuk; 

  1. Membantu para pelajar menguasai dan mengetahui peribahasa Melayu dengan lebih baik dan berkesan dalam aktiviti penulisan dan lisan mereka, sama ada dalam konteks pendidikan formal mahupun tidak formal.
  2. Membantu para pelajar mendapatkan sumber yang tepat dan berkesan berhubung dengan peribahasa Melayu.

Kamus ini juga berguna kepada orang awam kerana kamus ini pasti dapat membantu mereka meluaskan dan mendalamkan pengetahuan tentang bahasa dan budaya melayu. Melalui pengetahuan sedemikian tentang simpulan bahasa dan perumpamaan, akan terpancarlah beberapa sikap serta pandangan hidup masyarakat Melayu yang masih diabdikan hingga sekarang.

Kamus ini terbahagai kepada 2 bahagian;

Bahagian A - Simpulan Bahasa

Bahagian B- Perumpamaan, Pepatah, dan Bidalan