• JUN(314)
  • JUN(313)
  • DENIS
1

[ROMANCE CREATIVE] MEGA DENNIZ ASHRAF by NSSASA (SPECIAL EDITION: BOOK JACKET)

Regular price
RM 50.00
Sale price
RM 50.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

TAJUK : MEGA DENNIZ ASHRAF

(SPECIAL EDITION: BOOK JACKET)


Bila merancang, fikirnya sempurna. Tetapi ada ralat dalam perancangannya. Itulah Denniz Ashraf, demi perempuan yang dicintai. Sanggup melakukan apa sahaja untuk merawat luka yang dipendam oleh perempuan itu. Asalkan dapat melihat perempuan itu senyum, itu membahagiakan dia.

Tetapi Nurayla Victoria, sukar memberi peluang kepada orang lain. Hidupnya penuh dengan masalah yang dipendam. Peristiwa yang meragut kesuciannya merupakan mimpi ngeri, lebih-lebih lagi si pelaku adalah ayah kandungnya sendiri. Muncul Denniz untuk merawat lukanya. Hidupnya yang gelap mencari cerah.

Disebabkan rancangannya terpesong, Ayla melarikan diri selama dua tahun. Muncul kembali dengan seorang budak lelaki yang memanggilnya mama. Denniz terima seadanya.

Baru ingin mengecap bahagia, muncul balik bekas isteri Denniz yang dahagakan rujuk. Denniz tidak melayan, lebih baik memujuk Ayla untuk kembali bersamanya. Satu per satu rahsia Haifa terbongkar. Denniz kentalkan hatinya untuk Ayla.

Walaupun dirinya disakiti, hati Ayla dia utamakan. Merawat hati Ayla ibarat merawat hati sendiri kerana dia tahu trauma takkan pernah pudar dalam ingatan.

Takdir sudah tertulis, mereka yang pernah terpisah kembali bersama semula. Dua cahaya mata itu menjadi sinar hidup Denniz.