[ROMANCE CREATIVE] TUANKU DAEEN MATEEN 2 (SPECIAL EDITION: BOOK JACKET)
- Regular price
- RM 45.00
- Sale price
- RM 45.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Tajuk : TUANKU DAEEN MATEEN 2
(SPECIAL EDITION: BOOK JACKET)
Bagaikan peluang kedua buat Tuanku Daeen Mateen sebaik sahaja Bunga Athea sedar dari koma. Dia bertekad, untuk kali ini dia tidak akan sia-siakan peluang yang ada. Dia akan terus mengejar cinta Athea walaupun ditolak mentah oleh adik tirinya itu.
Ketulusan hati Daeen dapat dilihat walaupun cintanya sudah ditolak, membuatkan hati Athea tcrscntuh lalu menerima lamaran abang tirinya itu. Mereka sangka mereka bahagia untuk sclamanya namun siapa sangka, bahagia hadir hanya sementara.
Tunku Dani Mustaqim datang memburu kembali. Kini mangsanya bukan sahaja Bunga Athea tetapi Tuanku Daeen Mateen turut terlibat. Jumlah kumpulannya juga ramai membuatkan dia berani untuk bertindak kejam, meragut nyawa yang tidak bersalah.
Satu musibah menimpa Daeen, membuatkan Athea hilang punca, Bagaikan jatuh ditimpa tangga. Kehilangan suami serta anak dalam kandungan yang dianggap hadiah terakhir oleh Daeen sebelum dijemput Ilahi. Kematian Daeen juga seakan-akan membawa roh Athea bersama. Yang tinggal hanyalah jasad semata.
Munculnya Dr. Ahmat, doktor yang merawat Athea, membantu Athea untuk kembali bernafas walaupun hakikatnya Athea masih tidak dapat melupakan Daeen.
Sikap dan perwatakan Dr. Ahmat, sedikit sebanyak menjentik hati Athea untuk mengenali lelaki itu lebih lagi. Batas mereka sekadar kawan rapat. Lebih buat Athea tertarik apabila wajah Dr. Ahmat persis Daeen. Macam Tuanku Daeen Mateen 2.0. Sehingga satu masa Athea terfikir, siapa Dr. Ahmat yang sebenarnya?
Siapa awak sebenarnya?" - Bunga Athea
"Penawar kepada bunga terlarang yang hampir layu." - Dr. Ahmat