• takdir
  • vc_202402221511_0001
  • NOVEL-AHA(2)
1

[SR PUBLICATION] TAKDIR ITU MILIK AKU - SITI ROSMIZAH

Regular price
RM 30.51
Sale price
RM 30.51
Regular price
RM 33.90
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: SR PUBLICATION

Penulis: SITI ROSMIZAH


Perlukah kau bertanya tentang hatiku
Sedangkan sejak itu kau telah tahu
Betapa ku kecewa oleh perbuatan
Yang tiba di luar jangkaan...

Ku rela diriku begini
Seperti karang di samudera sepi
Terluka atau mungkin melukai
Suratan menentukan insani...
Dian Zara, seorang anak yatim piatu yang menumpang kasih dengan neneknya. Impian gadis muda ini untuk belajar hingga ke menara gading telah musnah di tengah jalan. 

Dian disuruh menjadi orang gaji. Dia akur dengan kehendaknya emak saudaranya. Menjadi orang gaji bagaikan memberi sinar baru dalam hidupnya. Tapi sementara cuma. Perkenalan dengan cucu majikannya telah membuka tirai penderitan dalam hidupnya semula. Dian telah ditipu dengan janji manis seorang lelaki. Janji untuk membahagiakan hidupnya hanyalah dusta belaka...

Zarif Adha, kerjaya dan kekayaan keluarganya menjadikan dirinya seorang yang angkuh dan sombong. Keangkuhan dan kesombongannya itu menyebabkan dia tidak teragak-agak mempermainkan hidup gadis naif ini. Rupanya dalam diam ada rancangan yang diatur dengan mamanya.

Datin Munirah, ketamakannya menjadikan dia lupa pada batas agama. Tanpa belas mahu pun simpati, hidup seorang gadis sanggup dihancurkan demi mencapai visi untuk membolot harta emak mentuanya. Tapi kenapa Dian yang dipilihnya? Kenapa gadis malang ini yang menjadi mangsa mereka?

"Kau bukak mata kau besar-besar! Kau tengok betul-betul muka kau yang selekeh, berkerak yang buruk tu dalam cermin ni! Kau ingat aku saja-saja nak kahwin dengan kau! Hei bodohlah kau ni! Anak ini lahir bukan atas kerelaan aku! Kau tau tak betapa jijiknya aku menengok muka kau. Jijik, tahu tak! Kalau boleh hujung jari kau pun aku tak nak sentuh. Geli! Sebab yang aku rasa dekat kau selama ini, hanya benci! Benci! Benci!!!" Hambur Zarif dengan kebencian yang begitu tepu di hati.