[TARBIAH SENTAP] IZINKAN AKU MENCARI TUHAN by AIZUDDIN HAMID
- Regular price
- RM 35.00
- Sale price
- RM 35.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Terbitan : Tarbiah Sentap
Penulis : Aizudin Hamid
Sinopsis
IZINKAN AKU MENCARI TUHAN membawa kisah Afnan, seorang remaja dari keluarga berada yang hidupnya berubah setelah ayahnya, Tuan Johari, mengalami tekanan akibat kerugian dalam perniagaan. Rumah yang dahulunya aman kini menjadi medan kemarahan dan kekerasan. Afnan yang dahulu ceria kini mula mencari ketenangan di luar, namun tersalah memilih jalan.
Sejak berkawan dengan mikael, gangster sekolah, Afnan terjebak dalam dunia rempit, rokok, cinta, pornografi dan keseronokan sementara. Meskipun Hazim, rakan sekelas Afnan cuba menyelamatkannya, namun Afnan terus hanyut terutama setelah berkenalan dengan Anis, gadis yang menawarkan kasih sayang yang telah lama hilang di rumahnya.
Pertemuan Afnan dengan Akmal di universiti mengubah segala-galanya. Akmal, rakan baharu yang soleh, mula membantu Afnan mencari kembali makna hidup. Buku Jalan Syurga Untukmu yang Afnan terima dahulu secara misteri juga menjadi kunci untuk kembali kepada Tuhan. Ditambah pula Andi, rakan non-Muslim yang sentiasa bertanya tentang Islam kepada Afnan membuatkan dia tersedar akan kekhilafan diri.
Afnan cuba berubah. Persoalannya, mampukah Afnan istiqamah dalam pencarian dirinya? Bagaimana jika cinta dunia yang pernah dia tinggalkan kembali menghantui? Adakah Afnan akan menemui jalan pulang kepada Tuhan yang selama ini dia cari?