• aku cinta
  • p_202312100938_0001
  • b_202312100938_0001
1

[ALAF 21] NOVEL AKU CINTA DIA - COVER BAHARU

Regular price
RM 27.00
Sale price
RM 27.00
Regular price
RM 30.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: ALAF 21

Penulis: SHARIFAH ABU SALEM


Tak terusir lagi rasa rindu ini

Bila kau iringi tiap detik helaan

nafasku


Dania, gadis kota yang liar, mengandung anak tidak sah taraf. Akibatnya, Datuk Safuan mendesak agar kandungan itu digugurkan. Namun, kerana tidak mahu menanggung dosa, Datin Kay terpaksa melarikannya ke Pusat Perlindungan Wadi Safiyyah, tempat perlindungan gadis-gadis bermasalah sosial.

Sepanjang tinggal di Wadi Safiyyah, Dania sentiasa bermunajat kepada Allah walaupun tidak mampu mengembalikan lelaki yang bertanggungjawab ke atas kandungannya. Dia pasrah. Baginya dia harus meneruskan kehidupan sehingga anaknya lahir.

Dalam diam, dia terpaut pada sifat-sifat mulia Ustaz Iqbal, salah seorang tenaga pengajar di Wadi Safiyyah. Namun, bila difikirkan dirinya yang tidak suci, mana mungkin dia jatuh hati pada insan semulia Iqbal. Sehinggalah suatu hari, dia menerima hadiah pemain MP3 dan al-Quran kecil daripada lelaki itu.

Adakah Iqbal juga mempunyai perasaan yang sama terhadapnya? Iqbal pernah menyatakan bahawa dia harus mencintai Allah dan Rasulnya terlebih dahulu sebelum mencintai sesama manusia. Dania bimbang dengan kenyataan ini. Takut dia bertepuk sebelah tangan.