[AHA PUBLICATION] KOMA by TEHFNLINI
- Regular price
- RM 35.00
- Sale price
- RM 35.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Terbitan: AHA PUBLICATION
Penulis: THEFNLINI
"Mempertahankan agama adalah... Kerja gila?" — Ayman Mikael.
Kejutan demi kejutan menghempas Ayman Mikael bagaikan badai. Sebaik sahaja remaja itu bangkit kembali daripada koma yang lama, dunia tidak lagi sama.
Negara kini dalam kebinasaan, diperintah pemimpin tirani yang mengharamkan kebenaran. Manusia dikerumuni ketakutan untuk bersuara, tenggelam dalam lubuk kejahilan yang tercipta. Agama dinoda, penganut ditindas dan dicela. Siapa yang beragama, akan menerima binasa.
Apakah ini pengakhiran dunia?
Ayman tidak mampu menerimanya. Dia tidak sanggup melihat agama indah ini terus hilang dari dunia. Tekad yang dibakar membawa dia bertemu rakan seperjuangan dengan matlamat yang sama.
"Aku Luth. Kau?" — Luth.
"Ayman. Ayman Mikael." — Ayman.
Bersama-sama, mereka mewujudkan satu pemberontakan bagi menjatuhkan kerajaan dan mengembalikan syiar Islam, diiringi sekutu baru yang ditemui sepanjang perjalanan.
Namun dalam setiap perjuangan, pasti akan ada ujian yang mendatang.
"Kedudukan kita dah terbongkar, kita perlu bergerak sekarang!" — Viktor.
"Ayman Mikael, penderitaan kau bermula sekarang." — Flynn.
"Aku dah penat hilang orang yang aku sayang, kau faham tak!" — Ayman.
Biar apapun halangan yang mendatang; biar menjadi buruan Tentera Kerajaan, biarpun gugur syahid di medan pertempuran, mereka tidak akan berundur walau sejengkal.
Kerana jika bukan mereka, maka siapa lagi?
Reviews
Be the first to review
Write an review
How would you rate the product?
More thought about the product