• photo_2024-01-09_12-19-18
  • bb_202310161453_0001
  • ll_202310161454_0001
1

DEFECT - [AHA PUBLICATION] LECTURER SEBELAH RUMAH REVAMP

Regular price
RM 28.00
Sale price
RM 28.00
Regular price
RM 35.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: AHA PUBLICATION

Penulis: CIK MARDIAH


Genap usianya yang ke 24 tahun, Rhea disuruh pulang ke Malaysia setelah hampir 20 tahun menetap di negara orang. Meski hati rasa berat, dia terpaksa akur dengan permintaan kedua orang tuanya agar dia pulang menemani Opah di kampung.

Takdir mempertemukan Rhea dengan cucu jiran sebelah, seorang jejaka kampung bernama Mikael. Tapi, pantang jumpa, ada saja yang tak kena. Siapa sangka, Mikael itu merupakan pensyarahnya di kolej. Haih, apalah malang sangat nasib dia berjirankan pensyarah seperti Mikael?

Bila semuanya sudah tertulis, siapa dia mahu menidakkan rasa cinta yang mula tertunas buat lelaki itu?

"Aku rasa aku berminat dengan Hani" - MIKAEL

Mungkin perit, tapi itulah hakikat yang harus diterima. Hendak salahkan siapa jika hati Mikael sudah terpaut pada Hani, sahabat baiknya sendiri? Kerana kecewa, Rhea membawa diri bersama hati yang sudah tergores luka.

Pertemuan semula dengan Mikael setelah tiga tahun kembali mengucar-ngacirkan perasaannya. Ternyata rasa cinta buat Mikael masih ada. Namun Rhea tahu, bukan mudah untuk dia memiliki Mikael di saat hati lelaki itu masih terikat pada orang yang sama.

Rhea terpaksa akur pada takdir. Benarlah, cinta itu tak semestinya memiliki.