[AHA PUBLICATION] SEINDAH 365 HARI (vol. 1) by NIAHNAFISAH
- Regular price
- RM 45.00
- Sale price
- RM 45.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
TAJUK: SEINDAH 365 HARI (Vol.1)
“Reportlah, teacher. Lagi senang saya nak masuk minang nanti.” – Noah Eric
Noah Eric, remaja berusia tujuh belas tahun, anak orang kaya dan pembawa masalah di SMK Dato’ Onn. Dengan keluarga mafianya yang membiayai sekolah itu, dia kebal daripada sebarang hukuman. Tiada siapa yang berani menegur raja masalah ini, sehinggalah seorang guru muda bernama Fatma Zaireen hadir memecah dominasi Noah.
Zaireen, dua puluh tiga tahun, satu-satunya insan yang berani melawan Noah. Tegas tetapi penuh kesabaran, keberanian Zaireen mula mencabar ego Noah.
Hari-hari Zaireen menjadi medan perang emosi.
“Noah, pulangkan buku teacher!” tegas Zaireen.
“Boleh, tapi teacher kena cakap saya handsome dulu,” balas Noah dengan senyuman nakalnya.
Namun, dari cabaran itu lahir satu rasa yang tidak pernah Noah jangka. Dia jatuh hati pada guru muda itu.
“Teacher Zaireen, awak sentiasa ada di hati saya.”
Saat cinta dalam hati Noah mula berputik, dia mula menyedarkan dirinya bahawa mereka tidak boleh bersama. Mereka berlainan agama dan hidup dalam dua dunia yang berbeza.
Dia akhirnya kembali ke tanah airnya, Jamaica, untuk menghilangkan duka dan melindungi diri daripada ancaman keluarganya sendiri.
Mampukah takdir mempertemukan mereka semula, atau adakah cinta Noah hanya akan tinggal kenangan indah selama 365 hari?