[FAJAR PAKEER] HUG: THE TRUTH UNTOLD - MISZHANN
- Regular price
- RM 26.00
- Sale price
- RM 26.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Penulis: MISZHANN
Life is short... kerana itu dia inginkan hidup yang tenang. Namun, untuk mewujudkan keinginan itu akan bermula malapetaka yang dibubuh dengan kebencian, permusuhan dan badai yang tertinggal dari masa lalu.
Ya, ada orang yang inginkan nyawanya. Disebabkan itu, Naaila sentiasa berjaga-jaga dengan setiap yang baru sahaja dia kenal. Biarpun bagitu, Naaila masih lagi gadis normal yang sentiasa mendambakan cinta. Bagi dirinya, biarlah cinta hadir ketika dia dan 'dunia kejar-mengejarnya' tamat tanpa ada episod seterusnya.
"Cinta tak perlukan masa. Sesaat pun boleh jatuh cinta. Tiga bulan tu, tak cukup lama ke untuk kau?" - Fadh Qayeed
"Aku tak boleh terima kau dalam hidup aku. Hidup kita berbeza." - Naaila Natasha
Fikir Naaila, Fadh akan menjauh apabila sedar hanya bahaya yang menimpa ketika mereka bersama. Ternyata, sangkaannya meleset. Semakin si gadis itu di kejar oleh musuh, semakin si jejaka mengejar tanpa peduli apa kesannya.
Tanpa sedar, kebersamaan mereka membongkar satu kisah yang membuatkan jiwa Fadh dirobek kejam. Masa lalu yang saling terikat membuatkan Fadh naik gila. Masa kini yang terhidang, membuatkan Naaila hilang arah. Jalan apa yang harus diputuskan?
"Kau rasa, aku boleh hidup macam manusia normal selepas apa yang aku dah tahu? Aku tak sekejam mereka. Aku bukan mereka!" - Naaila Natasha
Adakah janji pelukan hangat yang pernah terucap akan terhapus bersama dendam yang ada? Atau mungkin, wujudnya rasa derita sekarang kerana masa lalu yang tidak pernah diketahui?
Hakikatnya, masih ada tersembunyi yang tidak pernah dipeduli. Entah siap ataupun belum, kehilangan akan menjadi sebuah kenyataan kerana ada kebenaran yang tidak akan terungkap.
"Aku rasa takdir sedang mempermainkan kita."