• china
  • plnjf_202312271222_0001
  • vc_202312271222_0001
  • photo_2023-12-27_15-19-51
  • photo_2023-12-27_15-18-26
  • photo_2023-12-27_15-17-26
1

[GEMPAK STARZ] AKU DENGAR KAT CHINA ADA... - KOMIK REMAJA

Regular price
RM 10.80
Sale price
RM 10.80
Regular price
RM 12.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: GEMPAK STARZ


Negara China amat luas dan mempunyai ramai penduduk. Budaya dan sejarahnya menjangkau ribuan tahun. Jadi lebih lama sejarahh sesuatu tempat itu, lebih banyaklah cerita misteri. Maknanya lebih banyak 'kawan baik' di situ.

Haiwan yang bertukar menjadi 'semangat' sering kali jadi topik perbualan. Mungkin si gagak tengah tersengih atas pokok sambil pandang korang yang tengah borak fasal 'semangat'...


PRAKATA


Dunia ini dipenuhi pelbagai keajaiban termasuklah perkara pelik yang tidak dapat diperjelaskan menurut pandangan sains kerana berlaku di setiap sudut, setiap saat. Manakala perkara yang membuatkan ramai berasa takut dan cemas, namun tetap mempunyai rasa ingin tahu adalah peristiwa ghaib.

Walaupun tidak pernah mengalaminya, kami percaya kebanyakan orang pernah mendengar cerita hantu daripada kawan. Kamu percayakah hantu itu wujud? Bagaimanakah rupa hantu? Wajah mengerikan? Berambut panjang? Ataupun berbaju putih?

Siri 'Aku Dengar (Versi Negara) Kat...' merupakan koleksi komik dan cerpen seram, kolum khas berasaskan ilmu pengetahuan dan permainan yang menyeronokkan. Setiap satu bertemakan hal yang biasa kita hadapi dalam kehidupan seharian.

Dalam suasana yang mengerikan, siri 'Aku Dengar (Versi Negara) Kat... ' akan membawa kamu menelusuri dunia. Selain dapat mengisi masa lapang, siri 'Aku Dengar (Versi Negara) Kat... ' juga akan merungkai segala persoalan tentang hantu di setiap negara.

Cuba fikir sekiranya ternampak makhluk ghaib sedang merenung kamu. Apa agaknya tindak balas kamu? Mulai sekarang bacalah buku ini dengan perasaan sebegini!