• hongkong
  • bcs_202312271223_0001
  • wa_202312271223_0001 - Copy
  • photo_2023-12-27_14-45-27
  • photo_2023-12-27_14-45-06 (2)
  • photo_2023-12-27_14-45-06
1

[GEMPAK STARZ] AKU DENGAR KAT HONG KONG ADA... - KOMIK REMAJA

Regular price
RM 12.60
Sale price
RM 12.60
Regular price
RM 14.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: GEMPAK STARZ


Bandar 'hidup', moden dan makmur. Biarpun begitu, budaya dan kepercayaan tradisional seperti tahayul dan feng syui masih memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian. Bila malam tiba, jalan dan lorong bertukar misteri. Dentingan jam di kedai kopi, bau colok dan suara tak dikenali tunggu masa untuk keluar pada waktu malam...


PRAKATA


Dunia ini dipenuhi pelbagai keajaiban termasuklah perkara pelik yang tidak dapat diperjelaskan menurut pandangan sains kerana berlaku di setiap sudut, setiap saat. Manakala perkara yang membuatkan ramai berasa takut dan cemas, namun tetap mempunyai rasa ingin tahu adalah peristiwa ghaib.

Walaupun tidak pernah mengalaminya, kami percaya kebanyakan orang pernah mendengar cerita hantu daripada kawan. Kamu percayakah hantu itu wujud? Bagaimanakah rupa hantu? Wajah mengerikan? Berambut panjang? Ataupun berbaju putih?

Siri 'Aku Dengar (Versi Negara) Kat...' merupakan koleksi komik dan cerpen seram, kolum khas berasaskan ilmu pengetahuan dan permainan yang menyeronokkan. Setiap satu bertemakan hal yang biasa kita hadapi dalam kehidupan seharian.

Dalam suasana yang mengerikan, siri 'Aku Dengar (Versi Negara) Kat... ' akan membawa kamu menelusuri dunia. Selain dapat mengisi masa lapang, siri 'Aku Dengar (Versi Negara) Kat... ' juga akan merungkai segala persoalan tentang hantu di setiap negara.

Cuba fikir sekiranya ternampak makhluk ghaib sedang merenung kamu. Apa agaknya tindak balas kamu? Mulai sekarang bacalah buku ini dengan perasaan sebegini!