• nirnama
  • ure_202312161612_0001
  • xes_202312161613_0001
  • photo_2023-12-17_14-30-06 (2)
  • photo_2023-12-17_14-30-06
1

[HILAL ASYRAF] NIRNAMA: HIMPUNAN HIKAYAT TANAH SEMENANJUNG

Regular price
RM 54.00
Sale price
RM 54.00
Regular price
RM 60.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: HILAL ASYRAF

Penulis: HILAL ASYRAF


Nirnama: Himpunan Hikayat Tanah Semenanjung membawa pembaca menelusuri 19 hikayat yang terpisah tetapi masih mempunyai perkaitannya. 19 hikayat ini tertumpu kepada watak-watak dan peristiiwa yang pernah dinyatakan di dalam Novel Nirnama, tetapi dengan latar masa sebelum berlangsungnya kejadian bagai yang diceritakan dalam Novel Nirnama.

Pembaca akan dibawa menelusuri kisah-kisah seperti bagaimana Jagat Suci mula bersihir, hari-hari awal Adiwaja menempuh hidup sebagai insan cacat, Tuha dan Taming Sari, Kasturi menjadi laksamana termuda Semutar Putih, Jebat dan Tanggang, Nadim di Perkampungan Medini, pertelingkahan Santubong dan Sejinjang, Nirnama saat pertama kali bertarung dengan wakil dari Indera Kayangan, dan beberapa cerita yang akan membuatkan para pembaca menyelam lebih dalam ke alam karya Nirnama ini.

Jemput nikmati Nirnama: Himpunan Hikayat Tanah Semenanjung!


Kota Trowulan sesak dengan manusia. Seperti biasa, kota yang menjadi tumpuan orang ramai ini meriah dengan pelbagai urusan harian, terutama perniagaan. Gerai-gerai pacak yang bersusun-susun, menjual bermacam-macam barangan dan makanan. Ramai ke mari mengambil peluang berdagang, ramai juga yang mahu mencari barang, tidak kurang juga mereka yang hadir cuba mengubah nasib diri.

"Kakanda Tatang, adinda lapar."

Suara mulus itu mengusap gegendang telinga. Dia tidak menoleh, sekadar mengangguk-angguk. Dia dapat merasakan perutnya sendiri berkeroncong. Dua telapak tangan bersatu, jari-jemari terkunci. Dia sendiri sudah beberapa hari tidak makan.

Perlahan-lahan wajah ditala ke arah seorang gadis di sebelahnya.

Wajah gadis itu anggun lagi halus. Hanya rambutnya yang kusut dan kurang terurus. Pakaian compang-camping sepertinya, lusuh dan kotor.

Tangan dibawa ke wajah indah itu, diusapnya dengan penuh kasih. Rambut gadis itu dikemaskan seadanya.

"Bila kita akan dapat menjamah makanan, kakanda?"

"Tenang, Adinda Ratna. Mari kita berjalan di pasar. Kakanda cuba dapatkan kerja supaya kita boleh membeli makanan."