• mawaddah
  • photo_2024-01-29_11-03-09
  • photo_2024-01-29_11-03-08 (2)
  • photo_2024-01-29_11-03-08
  • photo_2024-01-29_11-03-07 (2)
  • photo_2024-01-29_11-03-07
  • buku_202211011154_0001
  • nuk_202211011155_0001
1

DEFECT - [IMAN PUBLICATIONS] MAWADDAH ILMI INGIN PULANG

Regular price
RM 24.00
Sale price
RM 24.00
Regular price
RM 30.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

DEFECT - DEFECT - DEFECT - DEFECT - DEFECT - DEFECT - DEFECT - DEFECT

Terbitan: IMAN PUBLICATIONS

Penulis: AUNI ZAINAL


Dia diam apabila marah.

Dia diam apabila sedih.

Dia diam apabila kecewa.

Mawaddah Ilmi tidak tahu apa masalah dirinya. Namun, dia sentiasa pasti yang dia tak berhak disayangi, apatah lagi layak ke syurga.

"Aku tak pernah buat apa-apa dengan betul. Aku menyusahkan orang lain sejak dulu. Semuanya salah aku sebab aku tak cukup baik."

Pendirian Mawaddah berubah sejak Iffat Rusyaidi melihat dia dimalukan semasa suatu temu duga. Dia sentiasa mengelak daripada Iffat, sehinggalah dia menyedari Iffat sebenarnya mengetahui kisah silamnya yang selama ini dilindungi.

Sehelai nota dari masa lalu membuatkan Mawaddah tersedar bahawa ada sesuatu dalam dirinya yang dapat diselamatkan - jika dia berani memafkan dan mencintai dirinya sendiri.


Satu Keluarga


SEMENTARA Izzati membantu mama sediakan kudapan di dapur, Iffat menemani abah di ruang tamu.

Abah tidak banyak bercakap. Memang sejak Iffat kecil lagi, abah hanya bersuara apabila perlu sahaja.

Semasa remaja dahulu, Iffat selalu kecewa kerana menyangka abah tidak pedulikannya berbanding adik-beradiknya yang lain. Namun, apabila menjejak ke alam dewasa, dia mulai sedar bahawa bukan abah tidak sayangkannya.

Abah cuma menunjukkan kasihnya kepada setiap anak dengan caranya yang berbeza.

Dia perhatikan abah yang khusyuk membaca sesuatu di skrin telefon. Abah sengaja turunkan sedikit cermin mata ke bahagian bawah batang hidung. Kepalanya terdongak ke atas sedangkan anak matanya turun ke bawah, dan bibirnya terbuka sedikit. Dia tatap skrin menggunakan jari telunjuk kanan dengan penuh berhati-hati.

Iffat tersenyum. Entah berita politik apa pula yang menarik perhatian abahnya itu.

"Ni ha, Iffat." Punggung abah berengsot ke depan. Dia menghalakan skrin telefon bimbitnya ke arah Iffat. Iffat merapatkan wajahnya ke telefon.

Gambar beberapa orang manusia yang Iffat tidak kenal.

"Inilah kawan abah yang abah ceritakan tadi," jelas abah.

"Oh..." Mulut Iffat memuncung. Kepalanya terangguk-angguk. Sebenarnya dia tidak faham kenapa abah bersungguh hendak tunjuk gambar itu.

"Yang sebelah kanan tu anak perempuan dia."

Iffat pandang abahnya. Kemudian, dia mencari wajah yang dimaksudkan dalam gambar. Gadis berkulit cerah itu nampak elegan dengan memakau baju kurung bersama selendang labuh. Umurnya barangkali lebih kurang sama macam Izzati. Gadis itu tersenyum ceria di samping ayah dan ibunya yang memakai pakaian bercorak batik. Gambar kenduri.

Iffat mengulum senyum. Sekarang dia sudah faham apa sebabnya. Dia kembali bersandar.

Tidak sangka pula abah hendak sertai mama jadi tukang mencari jodoh untuk dia sekarang.

Abah juga kembali bersandar setelah nampak reaksi Iffat. Dengan wajah yang tidak bersalah, dia sambung menatal telefon. Dia tidak kelihatan seperti mahu menambah huraian atau cerita. Barangkali, dia pun sudi buat ugas yang 'wajib' sahaja. Nampak sangat mama yang paksa abah pujuk.

"Cantik." Komen lambat Iffat.

Anak mata abah bergerak ke arahnya. Melihatkan Iffat yang sedang menahan ketawa, abah senyum sambil tergeleng-geleng.

Ketika itu, mama muncul dengan menatang dulang berisi teko dan cawan. Izzati menyusul di belakang bersama semangkuk cucur udang yang baru siap digoreng. Itu rupa-rupanya yang berbau semerbak satu rumah tadi. Kata mama, dia sambung goreng bancuhan yang dia buat untuk minum petang tadi.

"Ketawa apa dua orang ni?" Mama memandang Iffat dan abah bergilir-gilir.

Abah berdehem dan berlakon fokus menonton televisyen.