• 9786299519584
  • Screenshot 2025-06-11 151428
1

[MANES WORDWORKS] SUKA BUKU, SUKA KAMU by AILEEN FARIHA

Regular price
RM 38.00
Sale price
RM 38.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

SUKA BUKU, SUKA KAMU by AILEEN FARIHA


Sewaktu Nur Ayra bersetuju untuk menjaga anak saudaranya sepanjang kakak dan abang iparnya menunaikan haji, dia langsung tidak menyangka perkara itu bakal mengubah hidupnya.

Kalau bukan kerana Nur Imanina dan plastisin, mungkin hidup Ayra di kampung itu tenang sahaja tanpa perlu melalui insiden yang memalukan di Kedai Runcit Pak Mat!


“Jangan risau. Saya takkan bagi tahu Sir Hero tu awak dah kutuk dia. Because you just did ityourself.” – Ahmad Khairul


Pertemuan pertama Ayra dengan guru Sains itu mungkin memalukan tapi... siapa kesah?


Mereka punya minat yang sama kut!


“Is that a book?” – Nur Ayra


Daripada sekadar berkongsi minat akhirnya masing-masing berkongsi rasa. Cuma... hidupsentiasa ada cara tersendiri untuk memberi kejutan.


“Keluarga awak lebih perlukan awak, Ayra. Imani lebih perlukan awak.” – Ahmad Khairul


Antara rasa dan tanggungjawab, yang mana harus Ayra dan Khairul utamakan?

Dan apabila mereka tidak lagi berada pada halaman yang sama, mungkinkah ada lagi peluanguntuk mereka apabila bertemu pada bab kehidupan yang seterusnya?


Cinta itu luar biasa apabila mereka tak saling berjumpa,tak saling memiliki, tapi masih saling mendoakan.


***

Suka Buku Suka Kamu, kisah tentang kehilangan dan pengorbanan yang ditulis dengan rasa yang mendamaikan. Moga pembaca juga dapat merasainya. – Habib, Editor