• JUN(27)
  • fTEH
1

[HE DYNAMIC] KAPTEN AL-FATEH AYSAR (CODE NAME: THUNDER)

Regular price
RM 36.00
Sale price
RM 36.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products
[HE DYNAMIC] KAPTEN AL-FATEH AYSAR (CODE NAME: THUNDER) Ratings: 0 - 0 votes

[SINOPSIS VOL 1: Misi Tawan Hati]

Dia berkorban supaya si kekasih menjadi seorang tentera. Dia menunggu lebih 11 tahun, namun dia ditinggalkan di kampung selepas si kekasih hati berkahwin dengan wanita lain. Dan siapa sangka, rupanya percaturan Allah SWT itu lebih indah buat seorang Teratai Daneen. 

“Ingat tak Allah SWT pernah temukan kita tiga tahun lepas? Waktu tu awak kenalkan nama awak sebagai Teratai Daneen. Dan kalau awak nak tahu sejak daripada hari tu saya tak pernah lupakan awak.” - Kapten Al-Fateh Aysar

Jatuh cinta pandang pertama. Menyebabkan Fateh tak jemu-jemu cuba untuk menawan hati Teratai. Malangnya, kisah lalu buat Teratai terasa serik mahu menyerahkan hati dia pada mana-mana lelaki lagi.

“Awak buat apa di kampung saya, Fateh?” - Teratai Daneen

“Saya ada misi di sini. Misi untuk tawan hati awak dan bawa balik menantu untuk umi saya.”  - Kapten Al-Fateh Aysar

Kata Teratai,

“Jangan tunggu saya, Fateh. Sebab saya dah lupa macam mana untuk jatuh cinta.” - Teratai Daneen

Namun ‘kata’ takdir, mereka tetap perlu menyatu. Insiden rumah Teratai terbakar, bagaikan satu peluang untuk Fateh masuk ke dalam hidup wanita itu.

“Saya boleh jadi tempat awak berteduh, Atai. Saya boleh jadi pelindung awak.” - Kapten Al-Fateh Aysar

Lafaz akad termeterai, walaupun berulang kali Teratai menolak. Namun saat Teratai tahu status sebenar seorang Al-Fateh Aysar, rasa rendah diri buat Teratai sedikit menjauh.

“Siapa awak yang sebenarnya, Fateh?” - Teratai Daneen

“Al-Fateh Aysar bin Datuk Ashraf. Jelas-jelas yang kaya tu walid saya, Atai. Kalau awak nak saya jadi ‘Datuk’ juga, cepat-cepatlah bagi saya anak. Nanti anak kita dapat anak, kita dapat cucu. Saya pun boleh jadi ‘Datuk’..” - Kapten Al-Fateh Aysar

Jawapan Fateh tak pernah serius. Namun jawapan sebegitu jugalah buat hati Teratai rasa terpujuk.

“Saya sayangkan awak, Atai. Bagi saya tempoh setahun untuk buat awak cintakan saya dan buktikan saya ikhlas dengan awak.” - Kapten Al-Fateh Aysar

“Kalau awak gagal?” Teratai Daneen

“Saya akan cuba lepaskan awak dan ingatkan diri sendiri yang sampai bila-bila awak takkan pilih saya.” - Kapten Al-Fateh Aysar

Agak-agak berjaya ke Fateh dengan misi tawan hati dia? Dan Teratai, mampukah dia membalas cinta Fateh tanpa peduli akan kisah silamnya dan Shad Zawir?

#KaptenAlFatehAysarMisiTawanHati

[SINOPSIS VOL 2: Suami Terpaling Greenflag]

Saham seorang tentera seperti Kapten Al-Fateh Aysar memang tinggi. Di mana-mana pasti akan ada wanita yang terpaut. Auranya terlalu kuat. Pendek kata, Al-Fateh Aysar memang idaman wanita-wanita di luar sana untuk dijadikan suami. 

“Hello, Bravo Team. This is your captain speaking, Kapten Al-Fateh Aysar. Welcome to crucial millitary training. As briefed, we’re in Close Quarter Combat (CQC) training. Ready or not, we never step back. If the thunder don’t get you, the lightning will.” - Kapten Al-Fateh Aysar

Reviews

Be the first to review