• JUN(29)
  • UMAM
1

[HE DYNAMIC] KAPTEN LAZURI UMAM (CODE NAME: EAGLE EYE)

Regular price
RM 36.00
Sale price
RM 36.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products
[HE DYNAMIC] KAPTEN LAZURI UMAM (CODE NAME: EAGLE EYE) Ratings: 0 - 0 votes

KAPTEN LAZURI UMAM (CODE NAME: EAGLE EYE)


VOL 1 : Kapten Lazuri Umam

“Marriage still is not in my list. On top of all, it takes a strong woman to stand beside a man who serves, but even stronger love to endure the distance and uncertainty.”

KAPTEN LAZURI UMAM.

Bagi seorang lelaki yang hidupnya berkhidmat untuk negara, cinta bukanlah menjadi keutamaan. Dia percaya bahawa bunga akan bertemu kumbangnya tepat pada waktu. Dijodohkan dengan seorang gadis, namun sayangnya, hati terpaut terhadap gadis yang lain pada pandangan pertama. Pada awalnya, perkahwinan langsung tidak ada dalam senarai hidupnya meskipun umur telah mencecah 30-an. Namun, pertemuan kali pertama ketika berada di kampung arwah opah, berjaya meruntuhkan benteng itu. Jiwa kucar-kacir. Pembuluh darah berdegup kencang. Nadi rancak menggoyahkan keutuhan.


“Sayang betul. Cantik sangat muka dia tu. Tapi, badan tu…”

— PENDUDUK KAMPUNG


Kata orang-orang dulu, jika hati seseorang bergetar pada pandangan pertama, itu adalah tanda ‘jodoh’ yang sudah ditetapkan oleh takdir. Walaupun si comel itu bertubuh saiz XXXL, tetap sahaja kapten itu gila bayang. Apa masalah dengan badan dia? Hati mendengus bengang mendengar komen orang kampung.

“Tower, this is Captain Eagle Eye speaking. Operation 978294. Let’s fly under the radar. No signals, no leaks. Even the wind doesn’t know I’m coming.”

— KAPTEN LAZURI UMAM


HABIBAH HANUM.

Saiz tubuh bukan menjadi penghalang kepada kepopularannya dalam kalangan penduduk sebagai tukang kuih paling enak. Tiada angin, tiada ribut, tak dijangka suka seorang anggota perwira tersangkut olehnya. Kumbang akhirnya bertemu dengan bunga. Malangnya, Habibah serba-salah untuk menerima apabila lelaki itu telah dijodohkan dengan rakannya sendiri, Sofea Imani. Ingin menolak, hati turut terpaut juga.

“Urat yang macam peta jalan raya juga korang gilakan.”

— HABIBAH HANUM


Rakan setugas Kapten Lazuri Umam gusar memikirkan tahap angau sang ketua.

 “Guys, korang hidu tak benda yang aku hidu?”— LEFTENAN NUSA

 “Bau apa?”— LEFTENAN AMEER

 “Bau-bau orang terjatuh cinta!”— LEFTENAN NUSA

Akhirnya, mereka bersatu jua. Masing-masing masih baru dalam melayari bahtera dengan disulam kasih sayang tanpa sempadan.

Namun, apa pula cabaran setelah berkahwin yang diterima? Mampukah Habibah Hanum mencapai kebahagiaan walaupun bentuk tubuhnya sering dipertikaikan untuk kekal berada di sisi sang sekuriti udara?


VOL 2 : Isteri XXXL


Saiz XXXL? Itu perihal biasa. Namun, berkahwin dengan juruterbang TUDM dengan tubuhnya bersaiz besar a.k.a XXXL itu luar biasa!

Tujuh tahun hidup bersama Kapten Lazuri Umam, adalah momen membahagiakan untuk seorang perempuan bersaiz XXXL seperti Habibah Hanum.

Namun, Hari Terbuka TUDM mengubah segenap persepsi Habibah. Tak mampu menidakkan seorang suami pasti mahukan wanita lebih ramping dan jelita berbandingnya. Terdetik di hati Bibah, adakah Lazuri menyayangi dirinya? Menerima segala kekurangan dirinya meskipun mereka sudah dikurniakan dua cahaya mata?


> “Hai, Lazuri. I lupa nak cakap tadi. Good job, Captain! You did well. I am proud of you, dear.”

— Kapten Maria Yusra

> “I appreciate the compliment.”

— Kapten Lazuri Umam


Hal itu berlaku di hadapan mata. Bertubi-tubi perkara berlaku sehingga melibatkan anak sendiri. Dan, Habibah ambil langkah mudah!

Dia sepatutnya rasa bertuah menjadi isteri seorang lelaki dibanggakan Negara. Tapi, Habibah sedar diri. Dia tak boleh ambil enteng berkaitan tubuh dan saiz badannya! Akhirnya, kekecewaan Lazuri membuka kelukaan di hati suami sendiri.


> “Abang tak marah. Abang cuma kecewa.”

Ini salahnya! Salah diri sendiri. Sampai bila layanan dingin Lazuri menghantui dirinya? Dia juga punya hati! Adakah perkahwinan kali ini berkekalan hingga akhirnya? Atau suaminya itu juga seperti lelaki lain, mahukan perempuan langsing, seksi dan terlebih jelita?

Reviews

Be the first to review