• JUN(28)
  • SHAD
1

[HE DYNAMIC] KAPTEN SHAD ZAWIR (CODE NAME: SHARK)

Regular price
RM 36.00
Sale price
RM 36.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products
[HE DYNAMIC] KAPTEN SHAD ZAWIR (CODE NAME: SHARK) Ratings: 0 - 0 votes

[VOL 1: Kapten Shad Zawir: Hero Kedua Selepas Dia]

Dia, Shad Zawir. Lelaki yang bercita-cita tinggi. Malangnya kerana desakan hidup, dia terpaksa kuburkan impiannya. Namun ada seorang gadis sanggup menghulur tangan untuk membantu Shad menggapai cita-citanya. Berkorban segala-galanya untuk dia.

“Atai tak payahlah kerja siang-malam. Nanti Atai sakit.” - Shad Zawir

“Atai nak cari duit supaya Shad dapat sambung belajar. Shad nak masuk UPNM dan jadi tentera kan?” - Teratai Daneen

Dia berpesan supaya wanita itu menantinya. Namun dia jugalah orang yang mengkhianati janji mereka berdua.

“Atai akan tunggu Shad kan? Atai jangan cari lelaki lain. Shad janji nanti Shad dah berjaya, Shad akan pinang Atai.” - Shad Zawir

Lebih 10 tahun, Teratai setia di kampung. Pada awalnya Shad berpegang pada janji. Pulang menjenguk dia di kampung. Sehinggalah lelaki itu mula mendapat gelaran ‘Kapten Shad Zawir’, Teratai mula dibiarkan kesepian tanpa bertanya khabar. Namun Shad menyepi bukan kerana pilihannya. Tapi dia terpaksa tatkala dia diberikan satu amanah berat oleh seseorang yang juga banyak berjasa dalam hidupnya.

“Kahwin dengan Aura. Jaga dia, sama macam awak jaga nyawa awak dan negara. Aura Adelia, dia nampak kuat macam kita. Tapi hati dia.. penuh dengan kesan luka.” - Mejar Jeneral Dato’ Aminuddin.

Kerana amanah, dia menggalas tanggungjawab.   Kerana satu rahsia, dia harus tampil membantu. Perkenalan yang singkat, namun akhirnya membawa mereka berdua ke jinjang pelamin. Sangkaan Shad, dia mampu terus jadi lelaki yang setia. Puas dia tepis. Puas dia bersikap dingin. Namun siapa sangka, dia bakal jatuh cinta pada wanita bernama Aura Adelia itu. Namun dalam masa yang sama jugalah, Teratai mula menjejaki dirinya. Bimbang rahsianya lebur di depan Aura, Shad buat keputusan untuk bersemuka dengan Teratai nun jauh di kampung sana. 

“Atai tunggu Shad. Atai tak pernah serahkan hati Atai pada mana-mana lelaki lain. Tapi kenapa Shad buat macam ni? Perempuan kampung macam Atai, dah tak layak ke nak jadi isteri kepada tentera disegani macam Shad?” - Teratai Daneen

Shad akui kesalahannya. Tak pernah dia lupakan ‘dosa’ dia pada Teratai. Namun dia juga manusia yang hidup berpaksikan takdir Allah SWT. Dan semuanya menjadi semakin keruh saat rahsia itu sampai ke pengetahuan Aura. 

Agak-agak ke mana hala tuju hubungan mereka? Siapa yang Shad pilih pada akhirnya? Terus menjadi hero dalam hidup Aura atau kembali menunaikan janji pada Teratai?

#KaptenShadZawirVOL1

[VOl 2: KAPTEN SHAD ZAWIR: Misi Tebus Dosa]

Di hadapan team Alpha, dia adalah seorang ketua yang gagah dan sempurna. Siapa sangka, di sebalik ‘kesempurnaan’ itu,  dia menyimpan luka yang bukan sedikit. Namun tak pernah walau sekali dia salahkan sesiapa kerana dia tahu, ini kifarah untuk dosa-dosa dia pada Aura dan Teratai.

“Now by having my arms here, shoulder to shoulder, elbow to elbow,  I created a physical barrier like a wall. Dan di sini juga saya nak bagi pengajaran pada semua team.

Reviews

Be the first to review