• FREE POSTAGE For Order Over RM50 I Free BOOKMARK for orders over RM30 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • hadith time
  • ghjv_202211291723_0001 - Copy (2)
  • kandungan 01
  • kandungan 05
  • photo_2022-12-01_12-35-05
  • kandungan 04
  • kandungan 03
  • kandungan 02
  • jnb_202211291724_0001 - Copy - Copy
DISCOUNT 15%

[KARYA BESTARI] NOTA MY #HADITH TIME

RM 23.80
- +
code
icon-bag Add to Cart Whatsapp order
Home

Terbitan: KARYA BESTARI

Penulis: PROF. MADYA DR. AHMAD SANUSI AZMI


TADABUR AL-QURAN DENGAN HADIS:

Huraian Tematik Mengenai Surah al-Baqarah


Karya ini adalah hasil daripada usaha mempersiapkan intipati perbincangan dalam rancangan MyHadithtime yang ke udara di TV Al-Hijrah. Setiap halaman ayat al-Quran akan dihurai melalui hadis-hadis Nabi SAW berdasarkan tema wacana yang terpilih.

Bukan sekadar meneroka topik berkaitan ayat al-Quran sahaja, malah nota ini turut dilengkapi dengan biodata perawi hadis yang meriwayatkan hadis tersebut.

Menariknya lagi, perbincangan hadis dalam MyHadithtime ini turut memuatkan isu-isu semasa yang berlaku di sekeliling masyarakat, termasuklah polemik mengenai isu hadis-hadis yang viral di media sosial tetapi tidak sahih.

  • TEMA SURAH
  • TEMA HADIS
  • KENALI PERAWI HADIS
  • HURAIAN HADIS
  • RESOLUSI
  • VIRAL TETAPI TIDAK SAHIH


TEMA HALAMAN 1

Secara umunya surah al-Fatihah boleh dibahagikan kepada tiga tema utama iaitu:


  1. Keesaan Allah SWT (Tauhid) (Ayat 1 hingga 4)

Tauhid atau keesaan Allah SWT yang dipasakkan dari ayat pertama hingga keempat. Perhatikan bagaimana Allah SWT membuka bicara kitab suci ini dengan memperkenalkan namaNya Yang Maha Agung. Kemudian, disusuli dengan sifat Maha Pengasih dan Penyayang.

Manakala ayat kedua pula beralih kepada soal penguasaan dan urus tadbir muka bumi yang juga dikenali dengan rububiyyah, iaitu mengenai kekuasaan Allah SWT dalam menjadikan dan mengatur sistem alam ini.

Setelah menyebut soal pengurusan di dunia, ayat keempat pula membumikan keyakinan bahawa Allah SWT bukan sahaja pentadbir di dunia malah di akhirat. Manakala kedua-dua penguasaan iaitu penguasaan di dunia dan akhirat, dihubungkan dengan sifat al-Rahman dan al-Rahim.

Mengapa sifat al-Rahman dan al-Rahim menjadi penghubung kepada dua penguasaan ini? Ini menunjukkan seakan-akan al-Rahman adalah sifat Allah SWT yang penyayang kepada seluruh makhluk di bumi sama ada yang beriman mahupun kafir. Sedangkan al-Rahim adalah untuk mereka yang beriman sahaja. 


    2. Ubudiyyah (Pengabdian Hanyalah Untuk Allah SWT) (Ayat Kelima)

Setelah perbahasan mengenai keesaan Allah SWT ditekankan dalam permulaan surah ini, Allah mendatangkan tujuan manusia dijadikan iaitu mengabdikan diri kepada-Nya. Inilah yang kita ikrarkan setiap hari. Iaitu hanya Allahlah yang layak disembah dan kepada Dia sahajalah tempat kita bergantung. Ketika solat kita benar-benar menyembah (na'budu) Allah SWT. Namun di luar solat, kita seharusnya membuktikan pengabdian (ubudiyyah) kita kepada-Nya dalam segenap aspek kehidupan.


3. Peranan Doa, Kebergantungan Kepada Allah SWT dan Iltizam Jalan Yang Lurus (Ayat Keenam dan Ketujuh)

Dalam ayat yang keenam Allah SWT mendidik kita agar meletakkan pergantungan yang tinggi kepada-Nya melalui doa dalam mencapai iltizam dan konsisten berpaut kepada syariat.


Your cart is currently empty.
Continue shopping