• hati
  • qs_202308091234_0001 - Copy
  • fx_202308091235_0001 - Copy
  • photo_2023-08-09_12-55-31
  • photo_2023-08-09_12-55-30 (2)
  • photo_2023-08-09_12-55-30
  • photo_2023-08-09_12-55-29
1

[NASEEHAT] HATI KE HATI - IDDIN RAMLI

Regular price
RM 27.00
Sale price
RM 27.00
Regular price
RM 30.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: NASEEHAT

Penulis: IDDIN RAMLI


Dukacita kerana perjalanan di dunia tidak ada yang sia-sia melainkan hanya menyedarkan manusia dari leka. Hanya menjadikan seseorang itu lebih baik dan kuat dari sebelumnya. Setiap hari adalah ruang dan peluang untuk manusia perbaiki kehidupannya. Jangan pernah berputus asa, harapan dari Tuhan sentiasa ada.

Kadang kala manusia terlalu memikirkan apa yang dia mahu sampai terlupa untuk sempurnakan apa yang Tuhan mahu. Jangan hanya fikirkan apa yang kita belum ada, tapi fikirkanlah segala nikmat yang kita sudah terima.



Asam garam kehidupan eh?

Masam dan manis dalam kehidupan yang setiap orang akan lalui. Tak ada orang yang akan bahagia je. Juga tak ada orang yang akan sedih sentiasa. Bahagia dan kesedihan ni akan silih berganti. Itu ketetapan yang kita tak boleh nak ubah.

Bagaimana pastinya malam akan menjadi siang. Juga siang akan menjadi malam. Begitu jugalah pasti bahagia akan diselangi dengan kecewa dalam hidup kita.

Ada orang dia jatuh dalam hidup, kemudian dia bangkit. Ada orang yang dah berjaya kemudian dia jatuh.

Ada orang yang hari ni bahagia, esok dia menangis. Ada yang hari ni menangis, esok dia bahagia. Itulah kitaran kehidupan yang pasti kita akan lalui.

Cuma satu Iddin nak pesan,

Kalau jatuh, kau tak akan selamanya jatuh. Allah sentiasa bersama saat kau tak ada apa-apa. Sentiasa yakin yang selepas hujan pasti ada pelangi. Selepas susah, pasti ada kesenangan.

Kalau kau di atas, boleh juga jadi yang kau tak akan selamanya di atas. Belajarlah tunduk dan tak mendongak. Yang letak kau dia atas adalah Allah yang mendengar doa kau saat kau susah dulu. Seperti mana Dia letak kau di atas, juga dia boleh buat kau jutuh tersungkur.

Belajar rendah diri.

Jadilah seperti padi, semakin tunduk, semakin berisi, semakin berilmu, semakin rendah diri. Semakin berjaya, semakin rendah diri. Jangan jadi seperti lalang, makin lama tinggi. Akarnya mencengkam bumi, lintuk liuknya menyakitkan hati.