• fahami
  • hbg_202212010934_0001
  • photo_2022-12-05_14-58-40
  • photo_2022-12-05_14-58-40 (2)
  • photo_2022-12-05_14-58-41
  • ddd_202212010935_0001
1
SALE

[PTS] FAHAMI 40 SUNNAH SOLAT BERDASARKAN MAZHAB SYAFIE

Regular price
RM 19.80
Sale price
RM 19.80
Regular price
RM 22.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: PTS

Penulis: MUSTAFFAR MOHD SUKI & AHMAD ZAHIRUDDIN MOHD ZABIDI


Kitab al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh tulisan Prof. Dr. Wahbah Mustaffa al-Zuhayli antara kitab yang menjadi rujukan utama dalam bidang fiqh Mazhab Syafie di Malaysia.

Buku 'Fahami 40 Sunnah Solat Menurut Mazhab Syafie Berdasarkan Kitab al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh' ini menghuraikan secara khusus sunnah-sunnah dalam solat menurut Mazhab Syafie.

Apa yang menarik mengenai buku ini adalah:

  • Satu-satunya buku di Malaysia yang membahaskan secara khusus mengenai sunnah-sunnah solat yang terdapat dalam Mazgab Syafie.
  • Penyampaian bergambar yang ringkas dan mudah difahami.
  • Sesuai dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran di mana-mana institusi pendidikan.


Sunnah-sunnah Berkaitan Takbir & Berdiri dalam Solat

  1. Mengangkat kedua-kedua tangan setinggi kedua-dua bahu apabila takbiratul ihram (suara yang keras), takbir rukuk dan ketika bangkit daripada rukuk.

  2. Tidak terlalu merenggangkan jari-jemari atau terlalu merapatkannya ketika takbir.

  3. Meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri dan menempatkannya di pertengahan antara dada dan pusat, bersandarkan hadis riwayat Ibn Khuzaymah.

  4. Membaca doa iftitah dalam solat fardu dan solat sunat.

  5. Membaca ta'awuz dalam solat fardu dan solat sunat.


Sunnah-sunnah Berkaitan Lafaz Bacaan dalam Solat

  1. Membaca jahar iaitu keras atau kuat pada tempat yang diisyaratkan oleh nas Rasulullah SAW membaca keras atau kuat.

  2. Membaca sir iaitu perlahan pada tempat yang diisyaratkan oleh nas Rasulullah membaca sir.

  3. Mengucapkan  آمين sesudah selesai membaca surah al-Fatihah. Bacaan  آمين dilakukan dengan jahar dalam solat-solat jahriyyah dan dilakukan dengan sir dalam solat-solat sirriyyah.

  4. Membaca surah selepas al-Fatihah pada dua rakaat pertama bagi imam dan selainnya, kecuali bagi makmum solat jahriyyah.

  5. Keadaan bacaan dalam solat, khususnya bacaan surah.


Sunnah-sunnah Berkaitan Rukuk & Sujud

  1. Kedudukan tangan ketika rukuk dan sujud.

  2. Membaca takbir setiap kali hendak rukuk dan bangkit selain rukuk sebagaimana yang diisyaratkan dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim.

  3. Meletakkan kedua-dua tapak tangan di lutut ketika rukuk dalam keadaan jari terbuka dan mencengkam berdasarkan isyarat daripada hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.

  4. Membaca tasbih sebanyak tiga kali dalam rukuk dengan lafaz minimum             سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيم dan ditambah dengan وَبِحَمْدِهِ sebagai pelengkap.

  5. Mengucapkan kalimah tasmi', yakni ucapan سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ  yang bermaksud: "Allah mendengar sesiapa yang memuji-Nya," sebagaimana riwayat al-Bukhari dan Muslim.

  6. Ketika mahu sujud, kedua-dua lutut didahulukan sebelum kedua-dua tapak tangan, disusuli dengan dahi & hidung.

  7. Membaca tasbih سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى ketika sujud berdasarkan riwayat Muslim dan Abu Dawud RH.

  8. Meletakkan tangan berhadapan dengan kedua-dua belah bahu ketika sujud dengan jari-jemari dirapatkan serta menghadap kiblat.

  9. Bagi kaum lelaki, kedua-dua lengan mereka dijauhkan daripada sisi lambung dan kedua-dua belah peha daripada perut mereka, manakala bagi kaum wanita pula adalah sebaliknya.

  10. Disunatkan menghadapkan jari-jemari kaki ke arah kiblat.

  11. Disunatkan untuk berdoa ketika duduk antara dua sujud.


Sunnah-sunnah Berkaitan Duduk Antara Sujud & Tahiyyat

  1. Duduk iftirash ketika duduk antara dua sujud dan tasyahud awal iaitu punggung di atas kaki kiri dan kanak tegak.

  2. Duduk istirahah dengan posisi iftirash seusai bangkit sujud kedua setiap rakaat dengan kadar tamakninah.

  3. Menongkatkan kedua-dua tangan ke lantai ketika hendak bangkit daripada rukun duduk atau sujud.

  4. Mengangkat kedua-dua tangan ketika bangkit daripada tasyahud awal.

  5. Duduk tawarruk pada tasyahud akhir, yakni dengan meletakkan punggung sebelah kiri ke lantai dan kaki kanan ditegakkan.

  6. Meletakkan tangan pada kedua-dua peha dengan tangan kanan dalam keadaan menggenggam jari-jemari kecuali jari telunjuk ketika tasyahud.

  7. Pandangan mata tertumpu kepada jari telunjuk menurut riwayat Abu Dawud