• akira khan
  • akira khan3
  • akira khan2
1
SALE

[SR PUBLICATION] AKIRA KHAN - NOVEL ADAPTASI DRAMA

Regular price
RM 26.91
Sale price
RM 26.91
Regular price
RM 29.90
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products
Terbitan: SR Publication
Tajuk: Akira Khan
Harga: RM29.90
                                                   

Sinopsis                       

Pertemuan yang singkat membuatkan Akira jadi angau. Tangisan
lukanya menjadikan gadis itu lemah dan tersungkur menjadi hak
mutlaknya. Satu malam janji diikat dan malam itu juga adalah detik
terakhir mereka bertemu. Janji-janji yang ditabur dipegang bertahun
lamanya. Akira semakin sesat dalam sebuah rindu yang tiada
penghujung,

“Sayang?”

Radin tersedar dari mimpi. Siapa Akira Khan? Yang ada di hadapannya
cuma Liyana, isterinya. Mana datang perempuan yang bernama Akira?

Kerana satu janji yang di salah erti, dua jiwa yang bahagia berpisah.
Tetapi Akira tekad untuk mencari suaminya semula. Namun dia pula
dikejutkan dengan berita kewujudan Liyana di sisi Radin, wanita yang
pernah menjadi punca Akira dan Radin berkahwin.

“Ke mana awak pergi, Akira? If you really care about me, where did you
go? Where were you when I need you?” Mata Radin mencerlung tajam
ke arah Akira.

“When you need me?” Akira ketawa pedih.

“If you really need me, you will find me!”

Radin betul-betul tak ingat apa yang telah berlaku antara dia dan
Akira. Yang pasti kehadiran Akira ke rumahnya membuatkan dia tekad
untuk mencuri hati isterinya semula. Namun tidak semudah itu Akira
menerima Radin semula.

Akira merasakan dirinya dikhianati kerana selama kehilangannya,
tiada yang mencari namun kedatangannya seolah-olah dirai. Siapa
sebenarnya yang Radin nak? Dia atau Liyana?

“Awak tu memang suami yang dayus. Awak tahu saya curang tapi awak
masih simpan saya sebab awak tu bodoh!”

Radin makin hilang sabar apabila kesetiaannya diuji, keikhlasannya
diragui dan cintanya tidak dihargai. Walaupun Liyana adalah cinta
pertamanya namun dia pasti kebahagiaan yang dimiliki hanya bersama
Akira Khan! Dia tekad untuk memiliki wanita itu semula!