[ORABOOK PUBLICATION] DIA...TEMAN SEBILIK by SARA HEZRA
- Regular price
- RM 37.00
- Sale price
- RM 37.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Penulis: Sara Hezra
Aku, Naairah binti Sulaiman dan dia, kawan baik aku, Muhammad Faiq Abdul Rahman. Atas nama sahabat, segara suka duka kami jalani bersama. Cuma persahabatan ini mula hilang rentak bila menjelang kedewasaan kami. Iq seperti mahu menghindari aku dan aku yang terasa hati, pergi menjauh membawa diri.
Bila Faiq muncul semula, dia kembali dengan cerita cinta yang berantakan dan aku yang masih punya sisa-sisa kasihkan sahabat mula berlagak hero. Aku mahu menyelamatkannya dari kesedihan dan kegelapan lalu aku menawarkan diri sebagai pengantin perempuannya!
Terperangkaplah aku dalam perkahwinan kami. Bukan sikit pengorbanan aku kena hadap. Sampai satu tahap bila aku tersedar cinta Faiq tak akan pernah ada buat aku, aku ambil keputusan untuk undur diri.
"Saya berkahwin bukan untuk bercerai, Ah!"- FAIQ
"Kita buat kesilapan dari mula lagi jadi kita kena betulkan semula segala-galanya, Faiq!" - NAAIRAH
Untuk meleraikan ikatan perkahwinan yang mengikat kami rupa-rupanya bukan semudah kami diakadkan dulu. Ada sesuatu yang disimpan kemas oleh Faiq sebagai rahsia dan dia mahu kekal sebagai rahsia sekali pun dia tahu itu melukakan aku.
"Jalan cerita kita tak sama Iq..."- NAAIRAH
"Mudah, sayang. Titik persamaan kita bila kita bersama. Kebersamaan kita itulah yang akan menjadikan jalan cerita kita tidak berbeza." - FAIQ
Reviews
Be the first to review
Write an review
How would you rate the product?
More thought about the product