• nafeesa
  • ikj_202305031532_0001 - Copy
  • manes3
  • photo_2023-05-04_15-11-13
  • photo_2023-05-04_15-11-12
1

[MANES WORDWORKS] BUAH HATI NAFEESA - NIRROSETTE

Regular price
RM 32.00
Sale price
RM 32.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: MANES WORDWORKS

Penulis: NIRROSETTE


Nafeesa seorang gadis berusia 21 tahun suka buat kerja gila! Sewaktu cuti semester universiti, Nafeesa nekad terbang seorang diri ke Vancouver untuk bertemu dengan abangnya Najwan. Si abang yang sedang sibuk belajar telah mengamanahkan teman serumahnya Khalil, menemani Nafeesa.

Bersama Khalil, Nafeesa belajar banyak perkara baharu: tentang hidup, tentang cinta, tentang agama.

Khalil sangat sempurna di mata Nafeesa. Segak, tampan, bijak, berkerjaya dan berdaya intelek. Belum pernah Nafeesa bertemu dengan seseorang yang mampu mencabar daya pemikirannya. Pencinta tegar sastera Shakespeare ini malah sempat berdebat dengan sang arkitek!

Dan itulah titik tolak bagaimana Nafeesa akhirnya jatuh cinta kepada Khalil. A man who reads makes Nafeesa weak.

Tetapi mampukah Nafeesa menawan hati Khalil yang banyak rahsia? Dan apabila rahsia tersingkap, sanggupkah Nafeesa menerima Khalil seadanya?

“Will you see me differently, if you knew my past?”

Antara trauma dan cinta?

Apa pilihan Khalil dan Nafeesa, akhirnya?


PETIKAN BAB 17


Penerbangan yang mengambil masa 16 jam 40 minit dan transit dua jam di Lapangan Terbang Narita, Tokyo itu akhirnya tiba juga ke destinasi. Terasa kebas kaki Nafeesa duduk di dalam kapal terbang begitu lama. Mujur papa beli tiket kelas business. Selesa sikit mereka nak berbaring dan tidur. Rasa macam tidur atas katil. Cuma tidur dengan dengan tudunglah.

Keluar sahaja dari imigresen, Nafeesa sudah nampak kelibat Khalil yang berdiri di balai ketibaan. Meskipun mengenakan pelitup muka, Nafeesa masih dapat mengecam lelaki itu. Dada Nafeesa mula berdetak laju. Sejak Nafeesa terbang pulang ke Singapura tiga tahun yang lalu, Nafeesa dah kuburkan sudah semua kenangan manis mereka berdua. Nafeesa tak ingat sangat tentang Khalil. Nafeesa sibukkan diri dengan pengajian. Sibukkan diri dengan kerja. Sejujurnya, Nafeesa tak pernah sekali pun menangis mengenangkan lelaki itu. Tetapi kenapa saat bertentang mata semula dengan Khalil, segala memori mereka berulang tayang di minda?

"Assalamualaikum uncle, auntie, Nafeesa." Khalil segera datang menyapa. Teragak-agak tak tahu nak hulur tangan bersalaman dengan ayah Najwan atau tidak. 

"Tak apa, tak payah salam." Seakan-akan mengerti apa yang bermain dalam fikiran anak muda itu, papa terlebih dahulu memberitahu. Dia sendiri rasa tidak selesa nak bersalaman mentelah dah sehari semalam terdedah dengan bermacam-macam kuman. "Khalil sihat?"

Khalil mengangguk laju. "Alhamdulillah."

"Nampak macam dah kurus sikit," giliran mama pula memberi komen. Ketika datang ke bumi Vancouver untuk majlis konvokesyen Najwan dua tahun yang lalu, tubuh Khalil lebih berisi rasanya.

"Ye ke?" Khalil tertawa kecil. "Auntie pun, makin slim."

Nafeesa rasa macam nak berdarah mata menyaksikan keramahan mama dan papanya. Nafeesa lupa, mereka pernah bertemu Khalil sebelum ini. Patutlah mesra semacam je.

"Khalil tunggu kami lama, ke?" dengan ramah papa menyoal sambil tersenyum lebar.

Khalil segera mengambil alih menolak troli daripada tangan papa. "Baru jugak sampai. Tak sampai setengah jam pun. Cepat jugak lepas imigresen. Semua smooth ke tadi?"

Papa mengangguk laju. "Pegawai tak tanya banyak pun. Tunjuk kad kahwin Najwan tadi, dia orang lepaskan. Senang je. Khalil tak kerja ke hari ni?"