• imam
  • lj_202401101220_0001 - Copy
  • NOVEL-AHA(7)
1

[AHA PUBLICATION] HER CHOSEN IMAM - CIK MARDIAH

Regular price
RM 29.70
Sale price
RM 29.70
Regular price
RM 33.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products
Terbitan: AHA PUBLICATION

Penulis: CIK MARDIAH


Seumur hidu, Nerissa tak pernah menyangka bahawa dia akan jatuh cinta kepada seseorang yang dipanggil 'ustaz'. Dia yang keluar masuk kelab malam, tudung pun sekejap pakai sekejap tidak akhirnya tersungkur kerana seorang ustaz? Seriuslah!

Nerissa punya suka sampai buat pegawai tentera berpangkat leftenan itu kacau-bilau dengan kehadirannya.

"Nerissa, tak elok kalau..." - LEFTENAN UZAIR YUSUF

"Alah, ustaz. Relakslah. Bukan saya duduk dekat dengan ustaz pun. Bukannya kita duduk kat tempat tersorok. Tak ada maknanya kalau dia orang nak tuduh kita buat benda tak elok" - NERISSA

Katakanlah dia itu perigi mencari timba sekalipun, Nerissa langsung tak kesah! Lantas, melalui orang tuanya, Nerissa menghantar pinangan buat ustaz muda itu. Tapi malangnya, pinangannya itu ditolak!

Namun begitu, Nerissa tetap menyimpan segunung harapan. Tapi, sampai bila dia perlu menanti sementelah lelaki itu pernah menolak pinangan keluarganya? Ditambah pula dengan kewujudan seorang doktor muda bernama Tia yang turut menyimpan perasaan pada Uzair.

Akhirnya, Nerissa tersedar. Seorang imam pilihan seperti Uzair terlalu mahal untuk dimiliki oleh perempuan biasa-biasa sepertinya.

"Don't you want to fight for your love?" - NASEEM.

Mungkin tidak. Hikayat cinta si perigi mencari timba sudah berakhir seiring dengan rasa kecewanya. Nerissa... signing off!