• 1
  • 2
  • photo_2023-11-02_14-51-48
  • photo_2023-11-02_14-51-51
1

[ALAF 21] PETRICHOR - NURUL SYAHIDA

Regular price
RM 29.00
Sale price
RM 29.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: Alaf 21

Penulis: Nurul Syahida


"Awak tahu apa itu petrichor? Petrichor ialah bau segar yang muncul selepas turunnya hujan. Tapi satu-satunya cara untuk bau segar tu datang ialah dengan membiarkan tanah yang kering dibasahi hujan."

Ketika Sameera terima Ishaalk menjadi teman lelakinya di usia 17 tahun, dia sedikit pun tidak menyangka pemuda kurus kering itu suatu hari akan menjadi Haque Zuhal. Bintang pujaan ramai yang lagu-lagunya akan berkumandang di corong radio, yang dramanya dimainkan di televisyen dan wajahnya akan menghiasi papan-papan iklan di lebuh raya. 

Jadi, apabila Haque jatuh cinta dengan wanita lain dan membuat keputusan hubungan mereka harus putus ketika dia berusia 35 tahun, Sameera harus berhadapan dengan banyak cabaran yang menjengkelkan. Cabaran daripada para netizen yang banyak spekulasi, tumpuan umum yang tak dikehendaki dan terpaksa berhadapan wajah dan suara Haque yang tertampal dan berkumandang di mereta tempat.

Dalam usahanya untuk mencari maksud hidup, Sameera harus menghadapi pelbagai jenis manusia termasuk Jamie, yang punya sejarah hitamnya sendiri. Sejarah hitam itu yang turut mengubah hidup Sameera.