• 1
  • 2
  • photo_2023-11-02_15-57-32
  • photo_2023-11-02_15-57-27
1

[ALAF 21] UNCLE BOS MAMA - NURUL SYAHIDA

Regular price
RM 25.20
Sale price
RM 25.20
Regular price
RM 28.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: Alaf 21

Penulis: Nurul Syahida


Joshua punya perniagaan yang dibanggakan dan kehidupan sosial yang boleh tahan.Tetapi dia sukakan ketenangan dan disebabkan sejarah masa lalu, dia tidak fikir akan menjadi seorang suami dan memiliki keluarga sendiri. Dia sudah menerima hakikat bahawa dia seorang loner yang akan bersendiri seumur hidupnya.

Wanita bujang itu bernama Fish. Hidupnya kacau-bilau. Dia punya anak tanggungan yang ramai. Lelaki yang disukainya dalam diam seperti tidak sudi membalas cintanya. Dia terpaksa bekerja dengan majikan yang datang dari neraka demi kelangsungan hidup.

" Mungkin ada masanya I rasa nak cekik-cekik dia orang. Tapi they are my responsibility sebab I sayang dia orang. Dia orang tu family." - FISH

Shaina yang perasan dirinya lawa, suka bermain cinta dan bergaduh dengan adik perempuannya. hairil yang berkerusi roda suka memerhati macam perisik misteri. Shaila si kecil yang lasak seolah-olah kelahiran semula seorang ninja. Campur dengan adik angkat mereka si faiq yang kuat cembeng, tetapi cukup menarik hati. Mereka mewarnai hidup Fish dari sehari ke sehari.

Apa yang berlaku apabila ada pertembungan di antara dua dunia ini? Apabila seorang lelaki jatuh cinta bukan hanya pada seorang wanita, tapi keseluruhan keluarganya?

"Uncle Bos Mama ni, bos mama kita orang."- SHAILA