• Novel(50)
  • 1
  • Screenshot 2026-06-24 at 09-20-56 Novel Carnival Game oleh Ken Hendri BBO Rumah Novel Melayu
1

[FAJAR PAKEER] CARNIVAL GAME by KEN HENDRI

Regular price
RM 33.00
Sale price
RM 33.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products
[FAJAR PAKEER] CARNIVAL GAME by KEN HENDRI Ratings: 0 - 0 votes
Terbitan: Fajar Pakeer

Penulis: Ken Hendri


Permainan ini bukan sekadar hiburan, tetapi sebuah pentas di mana setiap langkah adalah jemputan kepada maut. 


"Selamat datang ke Carnival Game, wahai tetamu tidak diundang. Di sini, masuk adalah percuma, tapi selepas tiga permainan... kamu perlu bayar dengan Tiket Emas."- Joker


Kaven hanya menginginkan sebuah percutian singkat bersama rakan-rakannya. Namun, percutian itu bertukar menjadi mimpi ngeri dan jeritan yang tidak pernah benar-benar hilang. 

Didorong dendam yang membakar, Kaven kembali menjejakkan kaki ke tapak Carnival Game, karnival misteri yang dipercayai menyimpan jawapan di sebalik kematian Luna dan Rafi. Namun, langkah itu menjerumuskannya ke dalam perangkap bersama 13 permain lain, dalam permainan maut selama tujuh malam berturut-turut. 

Peraturannya mudah, kumpulkan Tiket Emas untuk memenangi ganjaran 10 Juta USD dan pastikan diri tidak menjadi mangsa hukuman badut-badut yang sentiasa menantu dalam gelap. 

 Setiap pemain diberikan peranan dan kebolehan berasaskan kad-kad Tarot, kuasa yang mampu mengubah nasib atau menghancurkan jiwa mereka sendiri.


"Bila bunuh orang atas nama dendam, kau suma cipta satu lagi rantaian kebencian baru. Benda tu akan berulang dan terus berulang."- Aria

"Menyedihkan, sungguh menyedihkan. Kau dah melihat masa lalu karnival. Kau dah langgar peraturan tersembunyi dan malam ni.. aku akan hapuskan kau." - Sorrow

"Kau tak boleh lari mana-mana lagi, The World..will punish you!- Kaven


Tetapi, siapakah sebenarnya dalang di sebalik Carnival Game? Dan apabila tirai terakhir disingkap, siapakah yang akan berdiri sebagai pemenang dan siapakah yang hanya akan tinggal sebagai nama pada batu nisan?

Di sebalik lampu karnival yang berkelip indah, tersembunyi rahsia busuk yang dibina atas darah dan ketakutan, di mana nyawa manusia hanyalah mainan murahan untuk memuaskan keraskuskan mereka. 


"Kau orang hanya tikus makmal yang diletakkan dalam ni untuk dia orang tengok kau orang membunh sesama sendiri".




Reviews

Be the first to review