• Novel(46)
  • 1
  • photo_6181644449889324833_y
1

[FAJAR PAKEER] INDAH - LOLLYSNOW

Regular price
RM 37.00
Sale price
RM 37.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products
[FAJAR PAKEER] INDAH - LOLLYSNOW Ratings: 0 - 0 votes
Terbitan: Fajar Pakeer

Penulis: Lollysnow


"Saya benci lelaki"


Kadangkala, yang paling menghancurkan hati bukanlah kehilangan, tetapi kepercayaan yang dikhianati tanpa belas. Sejak itu, Indah Helena memilih untuk membina tembok setinggi langit, tidak memberi ruang untuk mana-mana lelaki menyentuh hatinya.

Kedatangan Indah ke rumah sahabat baiknya menjadi detik pertemuan antara dia dan abang kandung sahabatnya. Namun, siapa sangka pertemuan yang pada awalnya tiada makna itu membawa mereka melalui detik-detik di mana lelaki itu sentiasa ada saat Indah memerlukannya.

Syaqil Irham. Sebaik mana pun lelaki itu, dia tetap seorang lelaki dan orang asing di mata Indah.


"Orang asing? Aku pernah jadi tunang kau sekurang-kurangnya dalam lima minit juga.:"- Syaqil Irham


Makin dilayan perangai lelaki itu, makin Indah rasa nak gila. Dalam nak gila pun, boleh pula dia terjatuh cinta. Dalam bergaduh dan berbaik semula seperti anjing dengan kucing, akhirnya Indah akur dengan hakikiat bahawa dia tetap memerlukan lelaki ini saat hidupnya diancam seseorang.


"If I, Indah Helena, end up in the same situation like before, I will agree to marry Syaqil Irham. By hook or by crook. I'll be his wife. Puas?" - Indah Helena


Namun betul kata orang, terlalu percaya juga boeh menghancurkan kita sedalam-dalamnya.


"Itu anak aku?"- Syaqil Irham

"Walaupun abang susah nak mengaku Indah sebagai isteri, sekurang-kurangnya abang boleh padang Indah sebagai manusia yang ada perasaan!" - Indah Helena


Saat bahagia diuji dengan ujian paling berat, apakah pilihan yang tinggal untuk Indah? untuk terus kuat , atau akhirnya mengalah pada takdir yang membenam jiwanya sendiri?


"Kita memang akan jadi lebih daripada diri kita yang biasa apabila datang kemahuan inginkan sesuatu. Selama ini bukannya kita tak mampu, kita cuma tak ada dorongan yang perlu untuk jadi begitu."

Reviews

Be the first to review