[FAJAR PAKEER] QAYYUM: HIS WEAKNESS by NABILLSS
- Regular price
- RM 32.00
- Sale price
- RM 32.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Penulis: Nabillss
Menjadi orang yang jatu cinta terlebih dahulu menuntut kesabaran yang tidak mudah, kesabaran yang perlahan-lahan memakan diri.
Bagi Qayyum Darwish, perasaan itu bukan untuk ditunjuk. Di simpan, dia jaga, cukup sekadar berada dekat tanpa perlu dimiliki kerana dia tahu, tak semua cinta dicipta untuk dimiliki. Tambah pula bila wanita yang dia cintai, Khalisa Fredella, hidup dala dunia yang tak pernah benar-benar membuka ruang untuk dia.
" I once said that I've prepared a hell for The Locos and..... you, of course." - Tengku Uqael
"Pulangkan hak aku." - Qayyum Darwish
Di sebalik gelaran 'Mr 719', Qayyum memilih untuk kekal sebagai bayang-bayang, melindungi tanpa diketahui, menyayangi tanpa suara kerana itu saja cara dia mencintai tanpa menghancurkan segalanya.
Namun, tak semua yang dipendam akan kekal diam, terutama bila hati mula retak tanpa bunyi.
"I hate men. Move on, Qay! Saya rimas!' - Khalisa Fredella
Dalam sekelip mata, semua yang dia simpan bertahun-tahun runtuh begitu saja, bukan kerana tak kuat, tapi kerana dia tak pernah diberi peluang. Harapan yang pernah dia genggam, rupanya tak pernah wujud.
Kalau benar perasaan itu tak pernah hilang, kalau benar luka itu perlukan orang yang sama untuk sembuh.. maka takdir tetap akan menemukan mereka, walau setelah berkali-kali saling kehilangan.
Namun, adakah Qayyum akan kekal di tempat yang sama... sebagai seseorang yang hanya tahu menjaga, tanpa pernah dimiliki?
Atau... Qayyum cuma persinggahan dalam perjalanan yang tak pernah berniat untuk berhenti?
Mereka saling memerlukan, dan luka masing-masing perlukan ubat yang sama, ibarat dua jiwa yang retak, cuba sembuh pada tempat yang sama walau tahu risikonya tetap menyakitkan.
"Call me possessive if you want, but I"II always be your protector."
Reviews
Be the first to review
Write an review
How would you rate the product?
More thought about the product