• JUN(141)
  • JUN(145)
  • JUN(144)
1

[FAJAR PAKEER] THE RETURN OF HAZRAEL - (Hardcover) by HARLEEN

Regular price
RM 95.00
Sale price
RM 95.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products
[FAJAR PAKEER] THE RETURN OF HAZRAEL - (Hardcover) by HARLEEN Ratings: 0 - 0 votes

THE RETURN OF HAZRAEL - (HARDCOVER)


The Return of Hazrael merupakan kesinambungan siri popular Hazrael karya Harleen yang menggabungkan elemen thriller, aksi, misteri, penggodaman dan romantik dalam sebuah pengembaraan yang penuh debaran.

Kali ini, Hazrael dan Naina berdepan ancaman yang lebih besar apabila masa lalu kembali menghantui mereka. Sebuah penculikan misteri telah membawa Naina jauh ke negara yang hampir mustahil untuk ditembusi, memaksa Hazrael mempertaruhkan segalanya demi menyelamatkan wanita yang dicintainya.

Dengan latar operasi antarabangsa, konspirasi berbahaya dan konflik emosi yang mendalam, novel ini sesuai untuk pembaca yang gemarkan kisah penuh suspens dari awal hingga akhir.


SINOPSIS


Hikayat ketiga dalam siri ini masih tentang mereka. Nampaknya, angkasa tidak pernah puas mencampakkan dua jiwa ini ke dalam neraka ilusi.

Konflik bermula apabila Hazrael pulang dari operasi Morocco, dan Naina tiba-tiba sahaja diculik.

Penculikan biasa?

Tidak.


“Hazrael? Saya dekat mana sekarang ni?” — Naina Hijannah


“Naina... you’re in North Korea.” — Neil Hazrael


“What?!” — Naina Hijannah

Benar, Naina terperangkap di Korea Utara dan ada seseorang yang ingin mencungkil kembali trauma lamanya! Memandangkan Malaysia dan Korea Utara tidak lagi mengekalkan hubungan diplomatik, maka misi untuk menyelamatkan Naina semakin kabur untuk dilaksanakan. Tambahan pula, identiti Naina tiba-tiba sahaja tidak wujud di dalam sistem.

Situasi bertambah sesak, bertambah kelam dan juga hampir tak berharapan. Lalu, Hazrael memilih untuk membuat kerja gila. Benar-benar gila.

“I’m going to North Korea, alone. I’m going to save my wife. Even if that means breaking the law, illegally and breaking into the potential enemy’s territory.” — Neil Hazrael

Ya. Hazrael merancang untuk menceroboh masuk ke sempadan Korea Utara secara haram, dan membawa pulang isterinya dengan selamat.

Adakah misi haram ini akan berhasil? Atau hanya akan membesarkan luka yang sedia ada?

Dan sekiranya Hazrael berjaya, adakah setakat itu sahaja konflik pengakhiran cinta mereka berdua?

“You can’t run from your past, and your wife is paying the price.”

Malaysia, Korea Utara serta enam peringkat yang mengancam nyawa. Barangkali, dosa Hazrael sebagai Internet Death Angel itu terlalu besar hukumannya. Sehinggakan ia menyeru kedatangan bayangan malaikat maut semula.

“Is she supposed to be his always and forever, or his greatest punishment ever?”

Reviews

Be the first to review