[HA NOVEL] ZAFRAN’S HIS PRECIOUS BELLE by MISSAILYNN
- Regular price
- RM 45.00
- Sale price
- RM 45.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Penulis: Missailynn
The Grand Elite High School
Dua nama menjadi bualan para pelajar dan guru. Tengku Zafran Adha. Pewaris TZ Security yang genius, angkuh dan penuh ego. Irene Isabelle. Pewaris Magical Musicworks yang cantik, bijak dan berprinsip tinggi.
Pertemuan mereka bukan kisah cinta, tetapi permulaan kepada persaingan kecil demi kedudukan nombor satu. Segalanya berubah apabila Irene menghilang selepas pemergian bapanya, meninggalkan Tengku Zafran dengan persoalan yang tak pernah terjawab.
13 tahun kemudian, Irene kembali ke Malaysia.. dan Tengku Zafran muncul semula sebagai pengawal peribadinya. Irene menolak, tetapi lelaki itu mendekat. Hanya disebabkan satu malam, semuanya musnah. Malam yang mengikat status mereka sebagai suami isteri dalam keadaan yang tidak pernah mereka pilih.
Irene terperangkap dalam trauma dan rasa hilang arah. Tengku Zafran pula dihimpit rasa bersalah, namun nekad untuk memperbaiki semuanya, walau tiada cinta antara mereka.
"You ruined me, Zaf."Irene
"Aku tahu aku tak layak untuk dapatkan kemaafan kau. Tapi please , Irene.. bagi aku peluang untuk betulkan semuanya, walaupun aku terpaksa lepaskan segala yang aku ada. "Tengku Zafran
Tiada cinta. Hanya luka, janji dan ikatan. Mampukah dua jiwa yang pernah berlawan akhirnya belajar untuk berdamai dalam satu ikatan? Dan mampukah cinta lahir daripada sebuah perkahwinan yang bermula dengan luka?
Reviews
Be the first to review
Write an review
How would you rate the product?
More thought about the product