[KARYA SENI] CIK TUKANG JAHIT & ENCIK REBUTAN
- Regular price
- RM 25.00
- Sale price
- RM 25.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Terbitan : Karya Seni
Penulis : AIRISZ
Nama aku Intan Zahra. Anak tunggal kesayangan mak. Aku dilahirkan selepas hampir enam tahun usia perkahwinan mak dengan ayah. Namun berita gembira itu dibalas dengan berita yang menyedihkan. Isteri kedua ayah turut melahirkan anak. Namanya Qistina. Seluruh tumpuan diberikan kepada Qistina. Ayah langsung tak pandang aku.
Tahun demi tahun, aku sudah dewasa dan bergelar wanita. Aku fikirkan, ujian emak sudah berakhir tapi ternyata tidak. Aku pula putus tunang dengan Aryan. Aku lebih risaukan emak. Mesti dia sedih.
“Relakslah, mak. Baru putus tunang. Belum putus kepala.”
Kononnya aku hendak pujuk emak. Tapi bila tahu Aryan bernikah dengan Janna, terus aku naik angin. Janna, adik tiri aku merangkap adik Qistina! Terus aku teringat yang Aryan ada hutang aku tujuh ribu ringgit. Tak bayar, siaplah!
Satu hari, ada seorang doktor kacak buka klinik di sebelah kedai jahit emak. Entah kenapa dia macam berminat nak kawan dengan aku. Doktor Zuhri namanya.
“Hai, sayang.”
Mak, tolong mak! Ada orang panggil anak mak sayang! Bahagianya.
Tapi aku musykil, kenapa dalam ramai-ramai wanita di luar sana, Doktor Zuhri sukakan aku? Apa ada pada aku ni? Masak pun jarang-jarang.
“Saya pun terlupa nak beritahu doktor. Saya memang tak berapa pandai memasak.”
“Saya cari isteri, bukan saya cari tukang masak.”
“Kau sengaja goda Abang Zuhri sebab kau tahu dia bakal tunang aku. Kau kena tinggalkan juga Abang Zuhri. Kalau tidak, aku akan bunuh diri!”
Ah, sudah, ugut bunuh diri pula. Kenapalah keturunan perampas ini selalu buat masalah dengan bakal jodoh aku? Patut aku biar atau mengalah saja?