[KARYA SENI] DIA MENARIK PERHATIANKU
- Regular price
- RM 28.00
- Sale price
- RM 28.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
TERBITAN : KARYA SENI
PENULIS : AZIMAH LILY
Segala-galanya bermula dari sepasang mata…
Setelah lebih sepuluh tahun menetap di luar negara, Widad Warda akhirnya pulang ke Malaysia setelah menerima tawaran kerja di Kuala Lumpur. Kepulangannya disambut gembira oleh Pak Walid dan Mak Esah.
Namun, kegembiraan itu tidak bertahan lama kerana Widad mula memeningkan kepala mereka apabila sering mengusik jiran sebelah—seorang lelaki pendiam bernama Atan yang penuh dengan misteri.
“Kalau tak ada orang nak kahwin dengan Widad, buat apa susah-susah nak cari, yang dekat sebelah rumah kan ada. Widad kahwin saja dengan Atan.” – WIDAD
“Jangan nak perasan sangat yang Atan tu setuju nak kahwin dengan kamu. Kamu tu bukan pilihan Atan la.” – MAK ESAH
Berbeza dengan larangan ibu bapanya, Widad nekad mendekati Atan meskipun lelaki itu sering melarikan diri. Sejak dulu lagi, aura misteri Atan membuatkan Widad semakin ingin tahu.
Tidak cukup dengan itu, Widad dikejutkan pula oleh berita daripada adiknya, Wafiy, yang memberitahu bahawa Chempaka sedang cuba mengurat Atan. Ini kali kedua Widad dan Chempaka menyukai lelaki yang sama selepas Marzuki. Widad tidak mahu sejarah berulang, lalu tekad meluahkan perasaannya kepada Atan.
“Aku tak nak kau dekat dengan Atan.” – CHEMPAKA
“Kau ni siapa? Kau bukan girlfriend Atan pun? Sebenarnya aku pun sukakan Atan.” – WIDAD
Namun, pada saat perasaannya bercelaru, Widad tanpa sengaja mengetahui rahsia besar yang disimpan oleh Atan selama bertahun-tahun.
“So apa patut aku buat sekarang ni? Patut ke aku beritahu mak ayah pasal aku dah tahu?” – WIDAD
Antara perasaan dan kebenaran, Widad buntu. Haruskah dia terus mengejar Atan, atau berpaling sebelum semuanya terlambat?