• 9786297693231
  • 233433033
  • kaisar
1

[NUKILAN BIRUNI] KAISAR (SOFTCOVER) by JIWA

Regular price
RM 45.00
Sale price
RM 45.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

[NUKILAN BIRUNI] KAISAR (SOFTCOVER) by JIWA


Kaisar mengisahkan bagaimana dua sosok yang lahir dalam dunia yang berbeza, lalu melakarkan romansa di tengah konflik antara agama dan kuasa.

"Mungkin kita bagaikan matahari dan bulan, yang tak memeluk takdir yang sama. Hanya gerhana buat sebentar cuma." —Hayden

Selepas abangnya dibunuh dalam suatu letupan misteri. Hayden Fayyad diutuskan oleh ayahnya, Kaisar—gelaran kepada ketua famili mafia yang menguasai Bandaraya Obsidia—untuk menjalankan satu misi rahsia. Hayden diperintahkan menjadi bodyguard kepada seorang gadis kampung bernama Mikayla, yang dipercayai mangsa pembunuhan seterusnya.

Mikayla Ayaz adalah anak tunggal seorang ustaz yang baru sahaja kehilangan ayahnya. Oleh kerana kampung Mikayla begitu terpencil dan tertutup dari dunia luar, Hayden terpaksa menyamar dirinya sebagai seorang ustaz untuk masuk ke kampung itu agar tidak disyaki oleh sesiapa. Hayden sebagai satu-satunya harapan buat keluarga Fayyad, harus melakukan apa sahaja untuk menangkap pembunuh abangnya. Sekaligus melindungi Mikayla yang tanpa sengaja terlibat dalam konflik ini jua.