[ORABOOK PUBLICATION] MAHKOTA AL-QADR by MAIRINA_Z
- Regular price
- RM 37.00
- Sale price
- RM 37.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Penulis: Mairina_Z
"Takdir dan dosa berjejak di langit, namun parutnya tercatat di jiwa manusia.."
'Ada luka yang tak mampu disebut oleh lidah, hanya roh yang memikulnya. Ada dosa yang bersemadi dalam tubuh, namun rahmat Tuhan sentiasa mendahului kemurkaan-Nya. Inilah kisah tentang seseorang wanita yang pernah dibunuh oleh masa silamnya, dan seorang lelaki yang menghidupkannya kembali dengan cinta yang berniat untuk membawanya pulang kepada Tuhan...'
R. Nama yang terpendam, identiti yang dipadam. Seorang lelaki yang kelihatan muda, tenang dan pendiam. Tidak ramai yang tahu, di sebalik kelam matanya tersimpan sebuah sejarah yang mengoyak hidupnya, sekeping gambar lusuh dalam dompet menjadi satu-satunya jambatan ke masa lalu. Dia bukan siapa-siapa, dan tidak mahu dikenali siapa-siapa. Namun pertemuan takdir mempertemukannya dengan Azhari, seorang lelaki jiwa luhur yang menjalani kehidupan sederhana tapi penuh wibawa.
Azhari seolah lelaki yang santai dan sempoi. Hanya berpakaian t-shirt lusuh dan seluar jeans koyak terkadang. Tetapi hanya mereka yang diberikan ilham sahaja bisa melihat aura yang tidak terzahir oleh lelaki ini. Dia bukan lelaki biasa.
Namun kisah ini bukan cerita cinta biasa. Dosa lama datang menggugat. Ayah Rayna ditemukan mati dalam keadaan hina dan Rayna, sekali lagi, diheret oleh trauma dan masa lampau yang memusnahkan jiwanya. Tapi dia tidak membalas. Tidak juga menyesal. Kerana hatinya sudah mula berdetak dengan nama Tuhan.
Pengakhiran kisah mereka buka bahagia yang konvensional. Penyakit lama Rayna kembali, dan kali ini dia selamat. Dia pergi..... dengan wajah tenang, kerana dia tahu Azhari akan meneruskan perjuagan.
Reviews
Be the first to review
Write an review
How would you rate the product?
More thought about the product