• 1
  • 2
  • photo_2023-11-07_15-07-58
  • photo_2023-11-07_15-08-00
  • photo_2023-11-07_15-08-01
1

[RIMBUNAN ISLAMIK MEDIA] I LOVE YOU ALQURAN - AHMAD MASRUL

Regular price
RM 22.41
Sale price
RM 22.41
Regular price
RM 24.90
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: Rimbunan Islamik Media

Penulis: Ahmad Masrul


Hijrah adalah yang sukar bagi orang yang hatinya belum mantap. Banyak orang yang menunda hijrahnya, malah sampai bertahun-tahun lamanya. Entahlah apa yang masih ditunggu, sedangkan kematian akan tiba pada bila-bila masa sahaja.

Tidak perlulah kita tunda lagi. Ada Tuhan Yang Maha Pemaaf yang sentiasa bersedia memaafkan segala kesalahan kita. Seandainya kita yakin Allah SWT adalah Tuhan Yang Maha Pemaaf, mari kita mulakan hijrah. Allah SWT menunggu hamba-Nya bersujud dalam solat dan merintih dalam doa kepada-Nya.

Mari kita pilih jalan ini. Jalan yang Allah SWT bentangkan untuk hamba-Nya yang mahu ada dekat dengan-Nya. Jalan ini dipenuhi kerikil, banyak lubang, malah di persimpangan pula ada banyak pokok yang tumbang. Walaupun ada banyak rintangan, namun di penghujung jalan ini ada harapan yang kita letakkan, iaitu syurga. Semua jalan ada  penghujungnya, namun tidak semua jalan berakhir syurga. Jadi, kamu masih ragu hendak berhijrah?