• 9789672459781
  • 9786299927174(1)
1

[MANES WORDWORKS NOVEL VEHAEN : SATU CERITA

Regular price
RM 48.00
Sale price
RM 48.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Batu-bata disatukan dengan simen. Kepingan papan dan kayu disatukan dengan paku. Hati manusia pula disatukan dengan... iman dan ukhuwah!

 

Di bumi Birmingham, Universiti Vehaen menyaksikan sendiri titian persahabatan yang dibina antara tiga sahabat. Rif’at si anak Gaza berperibadi mulia; Imran si bekas taiko sekolah; Amrullah yang membawa beban masa lalunya sendiri. 

Rif’at, anak angkat kelahiran Palestin yang membesar di Malaysia mengimpikan sebuah tali persahabatan yang terbina dengan reda Allah. 

 

Ukhuwah, kadang-kadang bagi motivasi untuk kita lakukan sesuatu yang dapat membawa kita ke syurga. – Rif’at

 

Imran, pelajar bermasalah yang mula insaf dan berubah ke arah kebaikan setelah mengenali Rif’at.

 

Peluang paling besar yang aku rasa Allah pernah bagi pada aku, peluang untuk kenal dia. – Imran

 

Amrullah, pengalaman menjadikannya lebih matang. Ketabahannya melayan kerenah Imran lama-kelamaan membuatkan ukhuwah mereka semakin rapat.

 

Kalau dulu aku doakan kau tak jejak syurga, sekarang Allah kasi peluang untuk kita atur langkah sama-sama ke syurga. Indah kan aturan Ilahi? – Amrullah

 

Dalam kemanisan bersahabat, mereka diuji dengan pelbagai dugaan untuk menguji keutuhan ukhuwah yang terbina itu. Mampukah mereka bertahan dengan ujian-ujian ini?

Ini cerita mereka. SATU CERITA.