• 1
  • 2
  • photo_2023-10-18_12-06-23
1

[AHA PUBLICATION] PASTI ADA KAMU - HANA NORISA

Regular price
RM 34.20
Sale price
RM 34.20
Regular price
RM 38.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: AHA Publication

Penulis: Hana Norisa


YASMIN HUMAIRA, menutup pintu hati untuk mempercayai dan mencintai setelah cintainya bersambut dengan pengkhianatan. Dia mengajar dirinya menjadi sedingin ais bila melibatkan percaya dan cinta. Anehnya, dia merupakan seorang editor novel cinta.

"Kenal tak menjadi tiket untuk aku percayakan dia" - YASMIN

NOAH KANG, memilih untuk kembali ke Malaysia setelah hatinya dikecewakan. Sakit hatinya membuatkan dia tidak berani mengangkat pena walaupun  dia sangat suka menulis. Menulis pernah menjadi escapism untuk dirinya.

"Tiada tapi. Berhenti gunakan saya sebagai inspirasi. Saya harap ini adalah karya terakhir yang awak gunakan saya sebagai inspirasi. Jangan ada lagi seperti ni. Saya tak suka dan saya bencikannya" - ISEUL 

Meminta bantuan dari orang yang dikenali, bukanlah sikap yang ada pada Yasmin, apatah lagi dari orang asing. Insiden yang berlaku membuatkan dia terpaksa menyambut huluran pertolongan yang ditawarkan Noah.

Yasmin enggan membenarkan hatinya untuk mempercayai. Penolakan Yasmin untuk mempercayai membuatkan Noah sedar akan kesilapannya.

Mampukah kebaikan Noah mengembalikan rasa percaya dalam diri Yasmin untuk mula mencintai? Mampukah Noah mengangkat pena untuk kembali menulis semta-mata kerana Yasmin?