[AHA PUBLICATION] ZALIKHA by NIAHNAFISAH
- Regular price
- RM 48.00
- Sale price
- RM 48.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
DIINSPIRASIKAN DARIPADA KISAH BENAR
ZALIKHA : BE MY WIFE AND THE MOHER TO MY CHILD
“Anak dato’…” ulang Malikka perlahan, kali ini nadanya lebih dingin. Pandangannya teguh memandang lelaki separuh abad di hadapannya itu.
Rahan sudah meletakkan pen di atas meja. Perlahan, dia menyandarkan tubuh ke kerusi empuknya. Mata hitamnya mengunci renungan pada wajah Malikka.
“Apa yang anak saya dah buat sampai awak sanggup datang cari saya?” Soalan itu keluar tenang.
Malikka tidak mengelak. Tidak berdalih.
“Rayyan curang dengan saya. Dan saya nak balas dendam balik.” Suaranya mendatar. Dingin. Tiada nada sedih, tiada suara goyah. Hanya tekad.
Rahan mengerutkan dahi. Kali ini jelas riak tidak percaya di wajahnya.
“My son? Rayyan? Curang dengan awak?” Dia ulang sekali lagi, seolah sukar percaya anaknya yang selama ini penuh gaya dan sikap berontak itu boleh berlaku sedemikian.
Malikka hanya mengangguk. Kali ini, dia malas untuk berbicara panjang. Semuanya sudah cukup jelas dalam fikirannya.
Terus dia mencampakkan beberapa keeping gambar di atas meja Rahan. Gambar Rayyan yang sedang bermesra dengan Nadhifah. Terlalu ketara kemesraan itu.
Pantas Rahan mengambil dan meneliti gambar-gambar tersebut. Orang tua itu terkedu apabila melihat jarak yang terlalu dekat. Hampir sahaja dia menyumpah anak tunggalnya sendiri.
“Astaghfirullah… apa semua ini?” bisik Rahan, suaranya bergetar dan tidak percaya.
Malikka hanya diam. Dengan perlahan, dia menarik keluar satu dokumen dari beg tangannya, helaian kertas putih kemas yang tersusun, dan meletakkannya betul-betul di hadapan Rahan.
“Saya nak kahwin dengan dato’. Saya nak anak dato’ rasa... macam mana rasanya dikhianati.” Tegas, penuh nekad.
Rahan… terkedu. Terpaku.
Tangannya masih tidak bergerak untuk menyentuh kertas itu.
Pandangannya naik semula ke wajah Malikka. Tidak percaya dengan apa yang dia dengar.
Malikka Zalikha, gadis yang pernah menjadi tunangan anaknya... Kini duduk di hadapannya dengan lamaran berbisa.
“Awak... sedar tak apa yang awak cakap ni?” Suara Rahan perlahan. Tidak marah. Tapi penuh waspada.
Malikka mengangkat keningnya sedikit, lalu membalas.
“Saya tak pernah lebih waras dari ini, dato’.” Dia senyum. Tapi senyuman itu tidak sampai ke matanya.
Reviews
Be the first to review
Write an review
How would you rate the product?
More thought about the product