• ryzen
  • photo_2024-03-10_16-40-07 (2)
  • photo_2024-03-10_16-40-07
  • photo_2024-03-10_16-40-06
1

DEFECT - [FAJAR PAKEER] CODE NAME: RYZEN - ANGEL_K20

Regular price
RM 20.80
Sale price
RM 20.80
Regular price
RM 26.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: FAJAR PAKEER

Penulis: ANGEL_K20


Kehidupan ibarat permainan catur. Setiap strategi mempengaruhi hasil akhir. Harraz Zayne, code name Ryzen. Seorang ejen perisik lapangan terlatih yang sentiasa menjadikan misi sebagai keutamaan. Namun, pertemuannya dengan Shafa Raisha sungguh menggugat rasa sehingga dia rela dirinya dijadikan perisai buat gadis tersebut.

Shafa Raisha, code name Shaurin. Dia juga seorang ejen perisik tetapi memiliki kepakaran dalam penyamaran. Tanpa disedari, pertemuannya dengan Harraz Zayne bukanlah kebetulan sebaliknya dirancang oleh seseorang. Yang tersembunyi kerana sesuatu yang ada padanya.

"Kenapa kau selamatkan aku?" - SHAFA RAISHA

Kes yang disiasat menyebabkan takdir antara mereka saling bertingkah. Insiden demi insiden yang berlaku sungguh menimbulkan tanda tanya.

Tindakan drastik dalam membanteras jenayah terpaksa diambil oleh Harraz Zayne dan Shafa Raisha walaupun terpaksa membahayakan nyawa masing-masing.

Masalah semakin bertambah berat apabila seorang lelaki iblis bertopengkan malaikat mentargetkan Shafa Raisha. Obsesinya begitu terserlah sehingga nyawa ibarat mainan!

Shada Raisha terperangkap dalam permainan kotor lelaki tersebut. Keadaan itu menjadikan Harraz Zayne terpaksa menunjukkan identitinya yang terlipat kemas daripada pengetahuan sesiapa pun.

Siapa sebenarnya seorang jejaka yang bernama Harraz Zayne itu? Adakah benar dia hanyalah seorang ejen perisik seperti sangkaan Shafa Raisha selama ini?

"Aku takkan benarkan kau dirampas oleh Nasrun." - HARRAZ ZAYNE

Dapatkah mereka menumpaskan musuh apabila bantuan yang dipinta tidak kunjung tiba?

Tercapaikah target mereka untuk menutup kes dalam tempoh masa yang diberi oleh ketua masing-masing?

Kanan dan kiri, musuh sentiasa mengintai. Asakan juga datang dari pelbagai arah.

Melindungi dan memiliki, takdir antara mereka sungguh mencabar!