• 80
  • 81
  • 20260509124735644_0001
1

[FAJAR PAKEER] LEFTENAN HARRAZ

Regular price
RM 35.00
Sale price
RM 35.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products
[FAJAR PAKEER] LEFTENAN HARRAZ Ratings: 0 - 0 votes

TAJUK : LEFTENAN HARRAZ (Spin-Off Inspektor Aqlan)

PENULIS : SYIRAHNEES

Di sebalik uniform yang tersarung kemas dan keberanian yang menjadi perisai, tersembunyi luka lama yang tidak pernah benar-benar sembuh.

Harraz Huzair tidak pernah diberi pilihan untuk lemah. Langit yang dijaganya bukan sekadar ruang kosong, tetapi kedaulatan dan nyawa yang dipertaruhkan. Dalam dunia yang menuntut kesetiaan tanpa syarat, perasaan adalah perkara terakhir yang boleh dia dahulukan.

Namun, takdir tetap menemukan dia dengan sesuatu yang tidak pernah dia rancang iaitu cinta. Bermula dengan perang mulut yang tiada noktah. Sindiran dilempar tanpa henti, seolah-olah diam itu mustahil. Memandang wajah satu sama lain sahaja sudah cukup untuk menyalakan rasa benci yang meluap-luap.

"Hei, mat saleh celup! Rambut tu perang macam mat saleh! Tapi kau versi celup dalam air karat! Bukan asli pun rambut kau tul" - Afina

Begitulah Afina dan Harraz, mereka dua jiwa yang tidak pernah sehaluan.

"Mat saleh celup dia panggil aku?" "Eh, meow ni. Lepas ni kalau terserempak lagi, tahulah aku nak kerjakan kau balik. Kau tunggu." - Harraz

Sehinggalah satu tragedi memaksa segalanya berubah. Tanpa pilihan, Harraz melafazkan akad ke atas Afina kerana tanggungjawab. Hidup bersama bukan sekadar penyesuaian, tetapi satu ujian. Dari musuh menjadi teman, dari benci menjadi rasa yang perlahan-lahan sukar dinafikan. Hati Harraz mula goyah... tetapi sumpahnya sebagai seorang leftenan sentiasa berdiri lebih tinggi daripada segalanya.

Negara memanggil. Dan dia tidak pernah berpaling.

"Kau panggil itu seni.. tapi bagi aku, itu jenayah. Kau hancurkan kepercayaan kami. Kau cuba runtuhkan langit yang kami pertahankan!" -Harraz

Kesumat lama kembali menghantui. Satu demi satu misteri terungkai, menyeret pasukan TUDM ke dalam konflik yang semakin berbahaya. Tetapi, sampai bila Harraz mampu berdiri teguh pada tanggungjawabnya.. apabila musuh yang dihadapi dari masa silam yang tidak pernah benar-benar mati?

Masih adakah ruang untuk bahagia atau seorang lelaki seperti dia hanya ditakdirkan untuk memilih antara cinta dan tanggungjawab, tanpa pernah memiliki kedua-duanya?

Atau di situlah berakhirnya sebuah ikatan dan Afina terpaksa reda, meskipun hatinya tidak pernah benar-benar rela.

"Suara-suara macam kau selalu bernyanyi tentang kehormatan. Tapi satu benda yang kau orang terlepas pandang.. lalah hasilnya. Dan hasilnya dah mula bekerja."

Reviews

Be the first to review