• JUN
  • rahsia
1

[HA NOVELS] BAHAGIA YANG TERTANGGUH (EDISI DRAMA)

Regular price
RM 43.00
Sale price
RM 43.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products
[HA NOVELS] BAHAGIA YANG TERTANGGUH (EDISI DRAMA) Ratings: 0 - 0 votes

TAJUK : BAHAGIA YANG TERTANGGUH


Hana tahu, dia bodoh kerana bertahan dalam perkahwinan yang bahagianya dah tiada. Mungkin kerana cinta, mungkin juga kerana tak mahu diumpat manusia.

Dia umpama permaisuri yang kehilangan takhta dan raja. Yang dia ada, hanya seorang suami yang boleh digelar sebagai suami boneka.

Zakwan yang beraninya hanya dengan isteri, tapi menikus bila berdepan dengan kakak sendiri. Ya, perkahwinan mereka bukan dikawal mentua, tapi kakak iparnya yang bersikap kuku besi.

Segala keputusan dan tindakan Zakwan, Kak Juriah yang kawal.

Zakwan bawa Kak Juriah sekeluarga tinggal bersama mereka, dia diam. Dia dijadikan hamba dalam rumah sendiri, mulutnya tetap terkunci. Meski terbersit dalam hati rasa sakit, namun semuanya terpaksa ditelan sendiri kerana dia tak punya tempat lain untuk pergi.

"Ada abang minta pendapat Hana? Pendapat Hana tak diperlukan dekat sini. Abang cuma nak beritahu aje. Hana suka atau tidak, Kak Ju sekeluarga akan pindah masuk ke rumah ni. Hana kena ingat, rumah ni atas nama siapa?" - ZAKWAN

Bertahun sabarnya teruji, namun bila kesetiaannya dianggap murah, maka dia tahu, yang tempat dia bukan lagi di situ.

"Aku tak tahulah setebal mana kulit muka kau ni, Hana. Ada suami, tapi suami nak pandang pun geli. Kau pun tahu, berbanding kau, dia lebih memilih aku. Malah, kakak ipar kau tu pun bersekongkol dalam hubungan gelap kami ni. Jadi Hana, di mana letaknya kedudukan kau sebagai isteri ya?" - AZRIN

"Pergilah. Tuntutlah apa yang kau mahu. Tapi jangan lupa Zakwan tu siapa. Sekali kau tuntut, beribu kali dia akan susahkan hidup kau. Kalau kau rasa kau mampu kehilangan Raiqal, kau buatlah Hana. Aku nak tengok sejauh mana kau mampu bertahan." - KAK JURIAH

Dia akhirnya pergi. Tinggalkan segala yang pernah dia ada dan yang menjadi miliknya. Namun lelaki itu tak pernah jemu mahu menyusahkan hidupnya lagi.

"Saya dah tak ada apa nak dikorbankan. Awak dah ambil semuanya. Tapi kenapa sampai sekarang awak masih nak susahkan hidup saya?" - HANA

Armin. Lelaki itu muncul pada waktu dia berada di titik yang paling rendah dalam hidupnya. Lelaki yang penuh pengertian, lelaki yang memberinya kembali harapan.

"Saya tahu saya bukan lelaki pertama untuk Hana. Saya juga tahu yang hati Hana dah teruk terluka. Tapi percayalah, walaupun saya bukan doktor, saya ada ubat yang paling mujarab untuk ubati hati Hana tu." -

ARMIN

Tapi, bahagia itu tak mudah. Ada duri yang menjadi penghalang kepada bahagia yang baru menjengah. Dan orang itu, syurga Armin sendiri.

Reviews

Be the first to review