• nirnama
  • 240312114701
  • NOVEL-AHA(7)
1

[HILAL ASYRAF] NIRNAMA - HILAL ASYRAF

Regular price
RM 54.00
Sale price
RM 54.00
Regular price
RM 60.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: HILAL ASYRAF

Penulis: HILAL ASYRAF


Seorang pendekar tanpa nama telah menjadi buah mulut ramai. Sikapnya yang ringan tulang membantu masyarakat di serata Tanah Semenanjung, dan berani menentang kezaliman orang-orang Jagat Suci, membuatkan dirinya menjadi bualan rakyat.

Tiada siapa tahu akan namanya. Lantas orang ramai mula menggelarnya Nirnama - Tanpa Nama.

Hasil campur tangan Nirnama yang terbaru, Wilayah Ujong jajahan Kerajaan Indera Kayangan jatuh ke tangan Kerajaan Semutar Putih, membuatkan Jagat Suci, pemerintah Kerajaan Indera Kayangan, penguasa Tanah Semenanjung, semakin sangsi dengan hakikat insan bergelar Nirnama.

Apakah Nirnama akan memberi ancaman kepadanya?

Apa kaitan Nirnama dan Kerajaan Semutar Putih?

Siapakah sebenarnya Nirnama?


MUHAMMAD HILAL ASYRAF atau lebih dikenali sebagai Hilal Asyraf, merupakan graduan Yarmouk University dalam bidang Usuluddin yang telah memulakan karier sebagai seorang penulis semenjak April 2009 dengan karya sulungnya, VT (Volleyball Team). Semenjak itu, beliau aktif mengarang karya-karya fiksyen dan non-fiksyen, dan kini telah menghasilkan lebih 40 buah buku. Beliau juga merupakan pengasas website langitilahi.com dan kini menguruskan syarikat penerbitannya sendiri - Hilal Asyraf Resources.