• legenda
  • 240312114839 - Copy
  • NOVEL-AHA(1)
1

[HILAL ASYRAF] SUMPAHAN LEGENDA - HILAL ASYRAF

Regular price
RM 27.00
Sale price
RM 27.00
Regular price
RM 30.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: HILAL ASYRAF

Penulis: HILAL ASYRAF


LEGENDA merupakan gelaran agung di dalam dunia pertarungan. Para pendekar dan pahlawan zaman-berzaman merebutinya. Sudah terlalu banyak darah mengalir dan nyawa melayang disebabkan ramai yang mahu menyandangnya. Hanya dengan menumpaskan penyandang sebelumnya, barulah seseorang pendekar itu dinobatkan gelaran Legenda.

Tetapi tiga dekad yang lepas, penyandangnya yang terakhir telah menghilangkan diri, mengakibatkan tidak ada sesiapa mampu merampas gelaran tersebut secara rasmi selepas itu.

Rusyd, pemuda berusia 20-an, turun dari Puncak Tanpa Nama sebaik sahaja pertapaannya tamat, dengan satu misi - menuntut bela kematian ayahanda dan bondanya yang telah dibunuh oleh pendekar satu sebuah sekolah persilatan.

Di tengah kembara, Rusyd bertemu dengan misteri gelaran Legenda, dan perjalanannya untuk melunaskan dendam membara, kini terlilit dengan misteri tersebut, menariknya ke konflik yang lebih besar!


MUHAMMAD HILAL ASYRAF atau lebih dikenali sebagai Hilal Asyraf, merupakan graduan Yarmouk University dalam bidang Usuluddin yang telah memulakan karier sebagai seorang penulis semenjak April 2009 dengan karya sulungnya, VT (Volleyball Team). Semenjak itu, beliau aktif mengarang karya-karya fiksyen dan non-fiksyen, dan kini telah menghasilkan lebih 40 buah buku. Beliau juga merupakan pengasas website langitilahi.com dan kini menguruskan syarikat penerbitannya sendiri - Hilal Asyraf Resources.