• 1
  • photo_2024-03-10_16-42-31
  • photo_2023-08-22_11-28-14
1

DEFECT - [KARYA SENI ] DIA UNTUK AKU - REHAN MAKTHAR

Regular price
RM 20.00
Sale price
RM 20.00
Regular price
RM 25.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: Karya Seni

Penulis:Rehan Makhtar


Biarlah masa sedang menewasakan usianya, Taufiq tidak pernah kesah. Hidupnya mudah. Jika ada, Jika tidak.. tak mengapalah. Melihat teman baik yang sudah bertemu cinta sejati, dia langsung tidak cemburu. Malah, bahagia mereka menjadi bahagianya. Tapi tidak pada mama.

Dia percaya, restu ibu membawa bahagia, Taufiq akur dan reda menerima wanita yang mama pilih. Dia akan mencintai wanita itu sepenuh hati pada ketika wanita itu menjadi isteri. Namun, kerana dia manusia biasa yang tidak berdaya menduga ketentuan, Taufiq hanya mampu reda bila wanita itu lari meninggalkannya pada saat dia sedang berjalan ke pelamin pernikahan mereka.

Kecewa? Sudah pasti. Apatah lagi melihat maruah keluarga calar dan air mata mama menitis. Hingga satu hari, ketika menemani teman baiknya, Ziyad.. dia nampak seorang wanita yang bukan hanya indah pada wajah, tapi juga pada budi pekerti.


"Awak terlalu tualah untu saya..."- JOHANEES

"Ada syarat ke orang tua macam saya tak boleh jatuh cinta?"- TAUFIQ

"Boleh tapi tidak pada saya.."- JOHANEES

"Saya dah cuba.Tapi, nak buat macam mana. Orang tu masih awak..." - TAUFIQ


Johanees yakin, Taufiq adalah cinta pertama dan pasti yang terakhir. Tapi sayang, keyakinannya tidak mempunyai asas. Dia perlu tinggalkan lelaki itu demi memenuhi permintaan akhir ayah untuk menerima lelaki yang telah sekian lama mahu dijodohkan untuknya. Kerana itu, Johanees tidak berkelip pada saat menyatakan perpisahan.


"Kenapa?" - TAUFIQ 

"Saya bukan perempuan baik..." - JOHANEES


Jatuh cinta itu mudah, Namun, untuk jatuh cinta pada setiap kekurangan orang yang kita cinta, itu adalah luar biasa. Dan, dia tahu.. mengemudi bahtera cinta bersama wanita ini tidak semudah seperti dia kemudi bahtera perang di tengah samudera. Adakah takdir cintanya juga seganas ombak di lautan? Apakah mental dan emosinya utuh bila misi kali ini adalah demi mereka yang tercinta? Taufiq hanya berharap kerana segalanya tidak pernah pasti.