• 9786297693248(2)
  • 9786297693248
  • 9786297693248(2)
1

[LOVE NOVEL] HILANG by MIA AZWARI

Regular price
RM 35.00
Sale price
RM 35.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

PENULIS : MIA AZWARI


Sebaik sahaja dia sedar daripada koma, dia dikejutkan dengan sesuatu yang tidak masuk akal. Apa yang dia ingat hanyalah kenangannya sewaktu kecil sehingga dia berusia 17 tahun.

"I'm your husband." - Nadim Eijaz

"Aku memang tak ingat siapa dia. Nak tinggal serumah dengan dia pun aku takut. Aku tak nak jadi isteri dia."- Aira Nadira

Gila! Sedar-sedar, dia sudah berusia 27 tahun. Nak tak nak, dia perlu terima statusnya sebagai isteri kepada lelaki berwajah dingin. Sikap kasar lelaki itu membuatkan dia keliru. Ditambah pula dengan layanan buruk yang diterima daripada adik iparnya membuatkan dia tertanya-tanya tentang punca gadis itu membencinya.

"Tak cukup kau paksa along kahwin dengan kau, kau buat rumah ni macam harta kau sendiri. Biadab dengan semua orang dalam rumah ni. Paling aku benci, kau kikis duit along aku." - Nurul

Aira tidak mampu menerima kenyataan itu. Lantas perpisahan diminta agar dia dapat menamatkan penderitaan Eijaz sebagai suaminya.

"Aku tak akan lepaskan kau. Selagi kau tak ingat, kau akan terus tinggal di sini. Anggap itu satu hukuman atas kesalahan yang kau buat dulu." - Nadim Eijaz

Aira semakin tertekan. Satu demi satu perkara terbongkar menyebabkan dia semakin takut untuk mengenali Aira yang sebenarnya.

"Kalau saya diberi pilihan, saya lebih rela tidur untuk selama-lamanya. Apa yang berlaku dalam hidup saya sekarang, satu mimpi ngeri, tuan." - Aira Nadira

"Mimpi ngeri? Aku dah lama alami semua ni sejak kau masuk dalam hidup aku. Dan sekarang... aku akan pastikan kau menyesal atas pilihan yang kau buat dulu." - Nadim Eijaz

Apakah yang berlaku terhadap Aira dalam tempoh 10 tahun yang hilang? Dan adakah benar Nadim Eijaz mahu menghukum Aira seumur hidup atas khilaf yang lalu?